“Saya Tak Sedap Hati Bayi Ringan Sangat” – Baru Brsalin Dan Balik Rumah, Sekali Perasan Rupanya Anak Tertukar

” Saya tidak pasti bagaimana kjadian tertukar anak ini boleh berlaku.”

Itu kata-kata usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall dan suaminya yang berdepan saat mencmaskan apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain, hari ini.

Kjadian itu dikongsikan beliau melalui satu perkongsian di Facebook (FB) Live bermula jam 7.40 malam tadi.

Menurut Siti Suriani, beliau melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam, awal pagi semalam dan pihak hospital membenarkan beliau serta bayinya pulang ke rumah, hari ini .

Bgaimanapun, beliau menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suaminya yang mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hspital sama.

” Saya gementar dan terkejut selepas melihat tanda nama wanita lain sebagai ibu bayi itu yang diletakkan di kakinya.

” Bila saya balik, suami saya cabut tag pada kaki bayi dan suami hampir buang tag. Nasib baik baca nama tag kaki, tapi bila tengok nama ibu di tag kaki, nama ibu lain iaitu Dianah.

” Ini bukan drama, ini realiti. Sebelum ini hanya tengok drama anak tertukar, tapi kini jadi betul-betul kepada diri saya.

” Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan iaitu jam 3.02 petang 10 Jun (Khamis) sedangkan saya melahirkan anak pada semalam pada jam 2.30 pagi,” katanya.

Sebaik menyedari perkara itu, Siti Suriani berkata, beliau dan suami terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan perkara berkenaan.

” Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami menyangka dia anak kami walaupun terdetik di hati saya wajah bayi ini berbeza,” katanya.

Siti Jamumall berkata, dia mula berasa tidak sedap hati apabila bayi tersebut lebih ringan dari jangkaan setelah bangun daripada tidur pada pagi Sabtu.

Menurutnya, bayi yang tertukar tersebut seberat 2.31 kilogram ketika dilahirkan di hospital tersebut.

” Saya tanya kepada suami, betul ke ini anak kita?” Ujarnya.

Difahamkan, Siti Suriani melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 2.30 pagi semalam yang juga anak keduanya selepas berkahwin pada April 2019 pada usia 19 tahun.

Menerusi perkongsian FB Live itu, Siti Suriani yang turut dikenali sebagai Siti Pok Pek turut membuat penstriman secara ‘live’ perjalanan beliau bersama suami dan bapa mentuanya ke hospital untuk memulangkan semula bayi dalam jagaannya dan mengambil bayinya semula.

Sebaik sampai, suami dan bapa mentuanya bertemu pihak hospital yang kemudian mengesahkan bayi itu tertukar.

Siti Suriani yang menunggu dalam kenderaan sempat dimaklumkan oleh suaminya yang bayi mereka berada di hospital sebelum penstriman ‘live’ itu terhenti selepas hampir sejam 49 minit bersiaran.

Tonton siaran langsung penuh:

Video rakaman FB Live berkenaan mendapat 1.3 juta tontonan dengan 40,000 tanda reaksi, 56,000 komen dan dikongsi 37,000 kali.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen memberi s.emangat kepada Siti Suriani menghadapi detik c.emas itu, selain ada yang mencadangkan beliau mengambil ti.ndakan u.ndang-u.ndang ke atas pihak h.ospital kerana c.uai.

Selain itu, ada juga memintanya terus berhubung dengan keluarga bayi yang tersa.lah diberikan kepadanya itu kerana beliau sudah menjadi ibu susuan bayi berkenaan.

Mesej Dengan Ibu Yang Tertukar

Malam ni mesej dengan ibu yg bayi kami tertukar.. Anak siti dis.charge tk smpai berapa jam. Baru lahir 2.36am lepastu tghri dh dibawa keluar. Tk thu la sama ada baby dh ambil inje.ction atau belom.

Ke.sian juga pada puan Diana ni, suami dia bagitahu dah lewat malam ni pun tak boleh tidur teringat kan baby siti putra Aiman Zhafran yang dia dah jaga 2 hari menangis je time nak susu kan anak.

Berdasarkan FB Live terbarunya malam ini, Siti Suriani memaklumkan beliau sudah menemui bayinya itu.

Kredit : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.