Tanggung kos guaman guna duit sendiri, Syazlin dan suami berkorban demi bela Adib

The unsung hero

Inilah dia pasangan suami-isteri, Puan Syazlin Mansor dan Tuan Ahmad Soffian Sheriff, yang merupakan hero dan heroine yang memperjuangkan kes Adib.

Tak ramai yang mungkin mengetahui pengorbanan dan liku-liku yang harus mereka lalui untuk perjuangkan kebenaran.

Puan Syazlin Mansor membawa kes Adib ini secara pro-bono, iaitu secara percuma. Beliau tidak caj walau sesen pun, sama ada dari keluarga arwah Adib, mahupun dari Kementerian dan Bomba, ketika beliau mewakili kesemua pihak-pihak ini. Segala perbelanjaan dan kos guaman keluar dari poket sendiri.

Melalui Puan Syazlin lah, maka saksi-saksi pakar Prof. Dr. Shahrom dan Dr. Amir Radzi dipanggil memberikan keterangan di Mahkamah, yang Hakim Koroner pada hari ini telah memutuskan keterangan-keterangan pakar tersebut sebagai autoritatif. Dan saksi-saksi pakar ini, kesemuanya memberikan keterangan secara suka rela tanpa mengecaj walau sesen pun yuran pakar.

Ketika Peguam Negara Tommy Thomas cuba untuk menyingkirkan Peguam Syazlin dari inkues mewakili Kementerian dan Bomba — Tommy cuba untuk menggambarkan kononnya Puan Syazlin tidak kompeten.

Dalam kenyataannya, Tommy menuduh Puan Syazlin telah melanggar prinsip kepeguaman (conflict of interest), lalu Tommy menulis surat kepada Menteri Zuraida, agar menamatkan perkhidmatan Peguam Syazlin Mansor.

Bahkan Bar(ua) Council juga pada ketika itu mengkritik Syazlin, dan ada risiko Puan Syazlin diambil tindakan disiplin.

Sanggup lepaskan jawatan

Suami Puan Syazlin, Tuan Soffian pada waktu itu adalah setiausaha akhbar kepada Menteri Zuraida. Bagi memastikan agar isterinya dapat terus memperjuangkan kebenaran dalam inkues arwah Adib, Tuan Soffian sampai sanggup meletakkan jawatannya — supaya tidak berlaku masalah kelak, untuk Puan Syazlin mengambil pendirian bertentangan dari arahan atasan orang-orang politik yang jahat dan tidak jujur.

Sedangkan pada waktu itu Tuan Soffian memgang jawatan yang kanan di pejabat menteri, dengan gaji dan kelebihan-kelibahan yang enak dan lunak.

Kisah Adib belum berakhir. Perjuangannya masih panjang, dan perlu diteruskan, selagi para pembunuhnya belum dibawa ke muka pengadilan, dan selagi ada pihak-pihak yang memegang jawatan-jawatan penting perundangan yang tidak amanah dan berniat jahat.

Kita harus menghargai para profesional dan ilmuan seperti Puan Syazlin Mansor, Tuan Soffian, Prof Dr. Shahrom, dan Dr. Amir Radzi, yang sanggup berkorban masa, wang, tenaga dan kelunakan hidup, demi memperjuangkan secebis kebenaran.

Tahniah kepada Puan Shazlin dan suaminya yang sanggup meninggalkan jawatan dan gaji, dalam masa orang lain berebut untuk mengampu.
Dan saksi-saksi pakar yang didatangkan khas tanpa meminta bayaran.
Semoga Allah membalas jasa kalian.

Kem atian Adib sebagai kakitangan kerajaan yang sedang menjalankan tugas adalah duka buat kita semua rakyat Malaysia. Kerajaan tidak harus membiarkan kem4tiannya sia-sia.

Sumber: Johar Othman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*