Terima Jambangan Bawang Di Hari Konvokesyen Kerana Suka Membawang

Lupakan jambangan bunga atau coklat, kali ini ada jambangan bawang pula untuk dihadiahkan pada teman korang yang sudah konvo tu.

Pelajar Pengurusan Seni Kulinari, Muhamad Adam Razali, yang baru sahaja berjaya menghabiskan ijazah dari UiTM dan teman wanitanya menghadiahkannya satu jambangan bawang. Yea korang tak salah baca, BAWANG!

Bercakap kepada mStar, graduan ini berkata yang dia terkejut namun rasa terhibur dengan hadiah yang agak menarik perhatian itu.

“Ada pernah saya berkata kepada teman wanita saya yang jika dia ingin memberikan hadiah sempena konvokesyen, saya inginkan sesuatu yang berbeza dari hadiah klishe seperti bunga dan coklat.”

Tambahnya lagi,

“Ketika konvokesyen, saya terkejut apabila dia memberikan saya satu jambangan bawang sebelum majlis bermula. “Tak sangka yang dia nak hadiahkan sesuatu yang sangat ‘rare’.”

Teman wanitanya terinspirasi untuk menghadiahkannya hadiah yang unik ini kerana graduan tersebut dikatakan suka membawang!

Oleh kerana dia memegang jambangan penuh bawang, daun kari serta cili merah, Muhamad Adam semestinya mendapat perhatian ramai.

“Ke mana sahaja saya berjalan ada sahaja makcik dan beberapa rakan bertanya di mana saya dapat jambangan bawang ini.”

Kalau korang fikir apa jadi pada jambangan bawang tu selepas graduasi, Adam berkata yang dia akan simpan sebagai kenangan.

“Saya nak simpan sebagai kenangan. Bukan senang nak dapat bawang masa konvokesyen. Sayang nak guna kerana hadiah ini sangat unik.”

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.