‘Terima Kasih Bunga Kerana Telah Mencintai Anak Saya’ – Bapa Ashraf Sinclair

Kelihatan bapa kepada Allahy Ashraf Daniel Sinclair iaitu Mohammad Anthony John Sinclair turut hadir ke pusara anaknya. Jnzh telah selamat dikeb umikan di  San Diego Hill, Karawang selepas Asar petang tadi.

Kehadiran ibu dan ayah kepada arwh di pusara turut undang sebak dan seakan tidak percaya dengan berita pemergian anak lelaki merek itu.

Terima kasih, Bunga

Memetik laporan Tribun News, Mohammad Anthony John berterima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memberi penghormatan terakhir buat anaknya itu. Dia turut memberi ucapan penghargaan kepada menantunya iaitu Bunga Citra Lestari kerana telah membahagiakan anaknya dan sama-sama melayari kehidupan berumahtangga sehingga ke hari terakhir arwh bernafas.

Terima kasih kepada semua yang memberi penghormatan terakhir kepada arwh di sini. Terima kasih Indonesia kerana mencintai anak saya. Terima kasih Bunga sudah mencintai putra saya.

Membawa bingkai gambar anak

Suasana sayu menyelubungi tanah per kburan San Diego Hill ketika jnzh disemadikan dihadapan keluarga, rakan artis, sahabat dan peminat.

Lebih memilukan lagi apabila kelihatan ayah kepada arwh membawa bingkai gambar arwh Ashraf ke upacara pengebu mian itu.

Sumber: ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.