Terlalu rindu, Fatimah minta supaya Allah ‘pulangkan’ Adam kembali

WALAUPUN sudah hampir sebulan pemergian chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau Adamdidam, anak-anak buah beliau terutamanya Fatimah masih bersedih dengan pemergiannya.

Jika dilihat pada posting Instagram ketika hayatnya, hubungan arwah Adam dengan Fatimah dan dua lagi anak saudaranya iaitu Omar dan Ali sangat rapat dan cukup istimewa.

Justeru, kehilangan Adam memberi kesan yang cukup mendalam dan tidak mudah untuk mereka terima dalam jangka masa yang singkat.

Fatimah nak pinjam mamaje 1 minit jer…

Difahamkan, selepas mendapat tahu Adam atau dipanggil mamaje oleh anak buahnya telah meninggal dunia, Fatimah terutamanya antara yang paling terkesan, sehingga kesihatannya terjejas kerana terlalu merindui Adam.

Jika sebelum ini ibunya memaklum keadaan Fatimah sudah beransur pulih, tetapi baru-baru ini Fatimah dikatakan masih tidak mampu melawan perasaan rindu terhadap mamajee dan hanya mampu pergi ke sekolah selama dua hari sahaja.

Lebih memilukan, Fatimah sempat meminta ibunya menelefon Auntie Love, iaitu gelaran yang dipanggil kepada Neelofa yang ketika itu sedang mengerjakan umrah supaya berdoa agar Allah memulangkan Adam walau hanya untuk satu minit.

“I need her to help tell Allah to send back Mamajee for just one minute. All I need is one minute. Just one minute, and I will return him back to Allah…”

Tidak dapat nak dibayangkan sampai begitu sekali kasihnya Fatimah terhadap Adam. Kesedihan dan keperitan jiwa yang dirasai oleh anak kecil ini sangat berat untuk ditanggung, hanya masa yang dapat mengubatinya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*