Tiada Hantaran, Pengantin Pegang Bunga Kantan Di Majlis Nikah, Belanja Kurang RM1,500 “Ada Yang Mengata Tapi Saya Pekakkan Telinga”

KEBIASAANNYA bunga kantan digunakan sebagai bahan masakan untuk hidangan laksa, asam pedas ataupun kerabu.

Namun berbeza pula dengan pasangan mempelai ini apabila bunga kantan dijadikan bunga tangan sebagai pelengkap aksesori pengantin perempuan.

Menurut pengantin perempuan, Nurfadhilah Mohd Faudzi, 27, idea tersebut tiba-tiba saja terlintas di fikirannya dan kebetulan sesuai dengan majlis pernikahan mereka yang bertemakan klasik

“Idea tu datang secara tiba-tiba sebab majlis pernikahan kami bertemakan klasik.

“Bila dah siap gubah saya tengok bunga kantan tu elok je, cantik dan kembang.

“Lagipun bunga kantan tu free of charge. Kakak saya ambil dekat kampung,” katanya

Iela dan suaminya selamat disatukan baru-baru ini.

Nurfadhilah atau lebih mesra disapa Iela berkata dia terkejut apabila melihat reaksi orang ramai yang menyukai bunga tangan gubahannya itu.

“Tak sangka semua orang ambil gambar dengan hand bouquet tu. Ramai suka sebab bunga tu nampak cantik dan kembang.

“Bunga tangan tu gubah dekat masjid. Saya tolong kakak ikat-ikatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Iela yang selamat disatukan dengan jejaka pilihannya, Azrul Shah Jamal, 30, baru-baru ini memilih untuk mengadakan majlis pernikahan serderhana tanpa ada wang hantaran.

“Memang tak ada wang hantaran sebab saya mahu memudahkan suami untuk menghalalkan hubungan kami. InsyaAllah, Allah permudahkan semuanya.

“Bagi saya pilihlah suami bukan kerana harta dan rupa. Bab rezeki tu Allah dah janji untuk setiap orang yang ingin mendirikan masjid akan masuk rezeki dari setiap sudut.

Hantaran pengantin lelaki dan perempuan.

“Ini benar. Pernikahan yang paling berkat adalah pernikahan yang paling rendah maharnya,” katanya.

Menariknya, kos majlis pernikahan pasangan ini hanya menelan belanja kurang RM1,500.

“Baju nikah saya tempah berharga RM50. Kain pula saya guna kain arwah ibu manakala selendang pula arwah nenek punya.

Bunga tangan tu gubah dekat masjid. Saya tolong kakak ikat-ikatkan.

NURFADHILAH MOHD FAUDZI

Make up pula saya buat sendiri sebab saya memang minat bersolek. Untuk katering pula saya ambil konsep hi-tea berharga RM900 untuk 150 tetamu

“Hantaran pula lima berbalas tujuh. Semua barang kami beli dekat kedai eco RM2.10,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi negatif orang ramai mengenai keputusannya untuk tidak menerima wang hantaran, wanita berasal dari Tampin, Negeri Sembilan itu berkata dia enggan ambil pusing mengenai perkara tersebut.

Iela dan suami memilih untuk mengadakan majlis pernikahan mereka secara sederhana.

“Ada je yang mengata tapi saya hanya pekakkan telinga saja. Saya tetap dengan pendirian saya kerana seelok-eloknya wang itu digunakan untuk tujuan selepas berkahwin.

“Kita nak bina rumah tangga yang bahagia. Kesederhanaan membawa kepada kesempurnaan. Doakan saya dan suami bercinta hingga ke syurga,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.