Tiap-tiap malam kau panggil aku. Asal pukul 12 tengah mlm je kau panggil aku.

Salam untuk semua pembaca FS. Dah lama sangat aku jadi ‘silent reader’ di FS ni jadi hari ni aku rajin nak berkongsi pengalaman dengan pembaca semua. Kisah ini bertunjangkan kepada sebuah rancangan s3ram yang sering aku ikuti melalui siaran radio dari seberang tambak. Aku pasti ada di antara pembaca semua yang juga meminati rancangan s3ram ni. Rancangan ni akan ke udara setiap hari kecuali hari minggu bermula jam 12 tengah malam sehingga ke pukul 2 pagi.

Rancangan ni adalah platform kepada pendengar-pendengar setia radio tersebut untuk berkongsi cerita-cerita s3ram mereka di mana DJ tersebut akan membacakan kisah-kisah s3ram yang di hantar dan diselang seli dengan bunyi efek yang menakutkan.

Sebenarnya aku memang dah lama tahu kewujudan rancangan ini cuma aku tidak mengikutinya disebabkan waktu itu aku masih belajar dan sewaktu belajar aku memang jaga dengan apa yang aku dengar dan ikuti sebab aku percaya ia mempengaruhi otak kita dalam menghadam ilmu-ilmu yang kita tuntut. Oleh itu sebaik sahaja mula bekerja aku mula mengikuti rancangan ini dengan lebih tetap dan konsisten.

Dah banyak kali sebenarnya dj rancangan tersebut memberitahu pendengar supaya jangan percaya dan terikut ikut dengan apa yang di dengar dalam rancangan tersebut. Tapi aku betul-betul tak faham apa maksud dia sehinggalah bila peristiwa meny3ramkan ini terjadi. Setiap kali mendengar cerita yang disampaikan dalam rancangan tersebut ia akan sentiasa bermain dalam fikiran aku. Setiap cerita akan meninggalkan kesan yang begitu mendalam sehingga aku sentiasa teringat-ingat, dan membayangkan setiap babak dalam kisah yang diceritakan. Aku jadi ‘obs3s’ dan ‘seronok’ sebab aku percaya bulat-bulat bahawa apa yang diceritakan itu adalah kisah benar.

Pengalaman ini berlaku pada tahun 2015 apabila tahap obs3ss aku dengan rancangan tersebut betul-betul kriitikal. Setiap pagi aku akan berjaga untuk mendengar rancangan ni dan esoknya aku akan kongsi kisah –kisah yang aku rasa menarik dengan ibu aku. Ibu aku ni jenis yang lemah semangat. Setiap kali aku kongsi cerita s3ram dengan dia , dia akan cakap dengan aku, “dengarlah cerita s3ram banyak-banyak, nanti ‘benda-benda’ tu datang menempel kat badan tu baru tau.” Itu lah bentuk vgutan yang selalu aku dengar tapi sememangnya ia tidak mendatangkan kesan langsung. Pada malam hari di mana aku berkongsi cerita dengan ibu aku mengenai kisah seorang pendengar rancangan tersebut yang telah ker4sukan, aku diminta oleh ibu untuk menghantarnya ke rumah nenek sebelah ibu yang tinggal tidak jauh dari dari rumah kami.

Kami pulang agak lewat iaitu sekitar pukul 10.05 malam. Semasa di dalam kereta emosi ibu sebenarnya dalam keadaan tidak stabil. Sesuatu telah berlaku semasa di rumah nenek dan ibu pulang dalam keadaan yang m4rah. Tambahan pula, sejak petang lagi ibu sudah tak berapa sihat. Dia mengadu s4kit kepala, badannya bisa-bisa dan suhu badannya meningkat. Oleh itu, dalam keadaan tak sihat dan emosi m4rah yang membuak-buak, aku memandu pulang sambil di temani dengan suara leteran ibu terhadap orang yang membuatkan dia m4rah.

Dan yang pasti orang itu bukan aku. Sebaik sahaja sampai di rumah, ibu terus masuk ke bilik dan berbaring. Sebelum itu dia mengingatkan aku untuk mengejutkan dia sekiranya dia tertidur sebab dia masih belum solat isyak. Aku hanya mengiakan dan terus asyik melayan siaran televisyen perlawanan JDT vs Felda United yang aku dah rakam terlebih awal.

Lebih kurang 20 minit selepas itu, aku terdengar bunyi dengkuran yang kuat dari dalam bilik ibu. Dengkuran itu menjadi luar biasa bila ia ku andalkan ia sebagai ‘terlalu kuat’ untuk seorang wanita awal 50 an. Aku merendahkan level suara di tv dan mula memasang telinga. Dengkuran tersebut berhenti dan di gantikan dengan suara orang berbual. Ibu bercakap di telefon? Rasanya tidak sebab telefon bimbit ibu ada di atas kabinet yang menempatkan peti televisyen. Tiba- tiba ibu ketawa. Kuat dan nyaring. Aku terus pusingkan kepala dan memandang ke bilik ibu. Beberapa saat selepas itu, adik lelaki bongsu aku keluar dari bilik sebelah.

Aku hampir lupa yang dia ada di rumah kerana cuti semester di universiti. Dia memandang ke arah bilik ibu dan kemudian ke arah aku dan bertanya, “Ibu kenapa?” Aku gelengkankepala dan adik aku terus menapak ke bilik ibu. Aku menurutinya dari belakang.

Sebaik sahaja pintu bilik ibu terbuka, aku lihat ibu sedang baring menghadap ke dinding. Matanya terpejam, kepalanya menyentuhi dinding dan ibu sedang mengomel sesuatu yang aku tak dapat tangkap maksudnya. Aku naik ke atas katil dan duduk di sebelah ibu. Aku menyentuh dahinya, panas. Aku beranggapan kepanasan akibat demam menyebabkan ibu meracau tetapi adik aku dapat menangkap sesuatu yang lain. Dia sentuh kepala ibu, membaca sesuatu dan terus dia menarik aku keluar dari bilik.

“Kak, adik nak panggil abah. Akak jaga ibu”. Belum sempat dia bergerak aku dah cengkam lengan dia dan bertanya kenapa. “Ada benda kat ibu”. Dan dia terus pergi memanggil abah yang ketika itu sedang berada di masjid. Waktu tu abah aku sedang terlibat dengan program kuliah perdana di masjid di kawasan kami.

Sepanjang pemergian adik aku, aku duduk dengan ibu. Aku percaya ibu aku meracau hanya kerana dia demam dan badan dia panas. Tapi sangkaan aku tu tergugat bila ibu sudah mula ketawa meng!lai-ng!lai menyebabkan bulu roma aku naik semua. Dah la aku dan ibu berdua sahaja waktu tu. Nak tinggalkan ibu dan lari ke ruang tamu rumah memang aku tak sampai hati sebab aku tahu kalau aku berada di tempat ibu sekarang pun ibu tentu takkan tinggalkan aku keseorangan berhadapan dengan makhluk yang mula dah ambil alih tubuh ibu tu. Apa kaitan rancangan s3ram yang dengar selalu tu dengan keadaan ibu sekarang?

Semasa ibu sedang meracau-racau, meng!lai dan kadang kala mengongoi, ibu atau makhluk tu ada menyebut pasal aku! Mula- mula ibu cakap (sambil mata terpejam) “tu ha Uda! (Uda tu maksudnya aku lah) Kat kereta Uda tu, banyakkk… kat atas bumbung, kat tayar, kat stereng, kat bonet. Penuh sangat tu..” Aku termanggu dengan kata-kata itu lantas mulut aku ringan bertanya, “ada apa bu?” .Ibu mnjawab tapi kali ni suaranya berubah. Bukan suara ibu. “ Kan kau panggil aku? Tiap-tiap malam kau panggil aku. Asal pukul 12 tengah malam je kau panggil aku. Tu semua tu benda yang kau panggil la… hihihihi” . Berderau darah aku dengan kata-kata ibu. Ni mesti maksud dia rancangan s3ram yang aku dengar tiap-tiap malam tu!

Diringkaskan cerita, tak lama selepas tu jiran aku datang. Rupanya adik aku panggil jiran aku untuk temankan aku di rumah dengan ibu sebelum dia keluar untuk panggil abah. Sebaik sahaja jiran aku masuk ke bilik, dia memberitahu aku bahawa ada orang datang rumah aku. Orang tu berdiri di pintu pagar. Jiran aku tak mengenali perempuan tersebut dan dia suruh aku keluar untuk lihat samada aku kenal atau tidak. (Waktu tu jiran aku tu tak tahu keadaan ibu yang sebenar. Dia sangka ibu hanya demam biasa) Dalam keadaan kalut dan takut aku menjenguk ke luar.

Malangnya aku tak nampak sesiapa sebelum aku sedar aku nampak seseorang berdiri di tepi kereta aku dalam garaj kereta. Seorang wanita berjubah putih yang sangat besar dan tinggi. Ketinggiannya hampir menyentuh bumbung garaj. Dan yang paling menakutkan bila sebahagian besar badannya di tutupi oleh rambutnya yang menggerbang.

Aku terkaku sekejap dan tersedar bila lampu kereta abah aku dan bunyi motor adik aku memasuki perkarangan rumah. Bila aku toleh semula ke garaj kereta, susuk tubuh wanita tadi hilang. Abah dan adik pulang bersama seorang lelaki Indonesia yang berbadan kecil dan rendah. Nampak macam orang biasa. Aku mula faham yang lelaki itu di bawa oleh abah untuk mengubati ibu apabila dia meminta aku mengambil semangkuk air. Dari poketnya, dia mengeluarkan beberapa biji limau kasturi yang di potong lalu diperah ke dalam mangkuk yang berisi air.

Gaya lelaki tersebut langsung tak seperti orang yang mempunyai ilmu. Dari mula dia memasuki rumah kami, dia hanya tersenyum dan kelihatan sangat tenang. Aku Nampak dia membacakan sesuatu semasa dia memerah limau kedalam mangkuk tersebut. Selepas itu dia beralih ke bahagian kaki ibu. Dengan perlahan dia meminta izin dari abah sebelum dia memegang ibu jari kaki ibu. Dengan perlahan dia mula berdialog dengan makhluk yang ada dalam badan ibu. Dan itu lah kali pertama aku melihat orang yang kerasukan sedang di rawat. Selama ini aku hanya mendengar dari rancangan seram tersebut tapi kali ni ‘real’ depan mata. Jadi, ini lah dialog antara lelaki tersebut dengan ibu aku:

Lelaki: Siapa ni?

Ibu hanya diam. Setelah beberapa kali ditanya makhluk tu menjawab.

Ibu: Aku tak buat apa-apa la. Aku tak s4kitkan dia pun. Aku nak kawan je.

Lelaki: Keluarlah. Pergi balik.

Ibu: Ye lah. Tapi cakap dengan anak dia, jangan suka panggil-panggil.Berdezupppp! Kena setepek ke muka aku! Aku faham maksud dia! Lelaki tu tengok kearah aku sambil senyum.

Lelaki: Ye lah. Nanti aku cakap. Pergi balik. Bawa sekali kawan-kawan kau tu.

Ibu : Itu bukan kawan-kawan aku. Kau
halaulah diorang sendiri.

Lelaki tersebut membaca sesuatu. Agak lama. Sebelum dia memberitahu kami yang semuanya dah selesai. Tiba- tiba ibu bersuara meminta air. Abah terus membawa lelaki tersebut keluar ke ruang tamu. Semasa aku memberi ibu minum (mata ibu masih terpejam dan sentiasa terpejam sepanjang proses rawatan mungkin dia betul-betul tak larat akibat demam) aku bertanya kepad ibu,samada makhluk-makhluk yang ada di kereta aku seperti yang di beritahu oleh ibu pada awal tadi masih ada ataupun tidak. Ibu berkata, benda-benda tu semua dah lari.

Ada seorang seorang lelaki pendek membawa kayu dan menghambat makhluk-makhluk tu sampai bertemparan mereka lari. Ada yang terbang, ada yang meloncat-loncat dan ada yang mengesot. Huiii! Seriau aku dengar. Aku yakin ibu Nampak lelaki yang mengubat ibu itu yang menghambat makhluk-makhluk tersebut. Setelah ibu agak tenang, aku keluar ke ruang tamu untuk bertanya kepada lelaki yang mengubat ibu.

Menurut jawapan Cik Pendek (panggilan aku untuknya setelah diperkenalkan oleh abah), keadaan ibu lemah disebabkan demam dan emosi yang terganggu (ingat lagi tak aku cakap yang ibu aku m4rah-m4rah masa dalam kereta), oleh itu ada mahkluk yang menumpang ikut kami balik semasa kami. Cik

Pendek beritahu lagi, makhluk tu adalah j!n betina yang tinggal di simpang Taman Dot Dot Dot… memang kami lalu simpang tu tadi dan itu juga memang laluan aku tiap-tiap pagi ke tempat kerja. Cik Pendek cakap, j!n betina tu tak ganas dan dia kata dia j!n Islam. Sebab tu aku dengar tadi Cik Pendek cakap baik-baik je dengan jin tu masa proses rawatan.

Dia cakap lembut je suruh jin tu keluar. Jin tu pun tiada niat j4hat dan mudah je untuk meminta dia keluar dari badan itu. Apa yang menyeramkan aku bila Cik Pendek describe figure jin tu sebagai besar, berjubah lusuh putih, tinggi dan rambut menggerbang menutup separuh badan.

Sama seperti yang aku nampak bawah garaj kereta tadi. Bila aku Tanya pasal makhuk-makhluk yang banyak menumpang dalam kereta aku seperti apa yang ibu aku cakap tu, Cik Pendek kata benda tu semua adalah benda-benda yang tinggal di setiap selekoh jalan yang aku lalu tadi. Jalan yang aku guna balik dari rumah nenek aku ada tujuh selekoh tajam. Kiri kanannya adalah ladang sawit.

Bila makhluk tu Nampak ibu aku dah kena tumpang dengan j!n, mereka ni pun join sekaki saja-saja nak tengok. Sebelum balik Cik Pendek sempat pesan pada aku, jangan taksub sangat dengan cerita-cerita s3ram. Dia kata setiap kali kita dok cerita pasal dia, dia akan suka dan tumpang sekaki dengar dengan kita.

Berdasarkan pengalaman tu aku belajar banyak perkara. Pertama, aku masih lagi dengar kisah seram Cuma aku tak taksub. Bila dengar atau baca aku lebih suka ambil pengajaran untuk belajar respek setiap benda di muka bumi samada yang ghaib atau nyata. Aku juga lebih pandai nilai samada kisah yang aku dengar tu betul atau rekaan semata-mata. Sebab tu dj tu cakap jangan mudah percaya dan terikut-ikut. Dia dah pesan tapi aku yang tak faham. Sekarang baru aku faham. Aku juga mula dapat tahu yang adik bongsu aku tu rupanya bukan ‘kosong’. Ok lah. Sampai di sini saja dulu. Terima kasih sebab sudi baca dan jumpa lagi pada pengalaman yang lain pula.

sumber fiksyen shasha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.