Ulang Alik Masuk Kedai, Tindakan Anak Muda Terhadap Gelandangan Ini Raih Pujian Netizen

“Sejuk perut ibu mengandung”

“Sejuk perut ibu mengandung” Itu antara komen netizen selepas menonton video sekumpulan remaja menghadiahkan sepasang selipar baharu kepada seorang warga emas berbangsa Cina yang kelihatan seperti gelandangan.

Berdasarkan rakaman yang tular di media sosial itu, warga emas berkenaan didapati sedang duduk di hadapan pintu masuk sebuah kedai barangan serbaneka popular.

RAKAMAN VIDEO ANAK MUDA BERKENAAN ADA DI BAWAH SEKALI

Dia kemudian disapa oleh sekumpulan remaja yang terdiri daripada empat orang lelaki berusia lingkungan belasan tahun dengan tiga daripada mereka memakai baju melayu warna sedondon.

Menerusi rakaman tersebut, warga emas terbabit menunjukkan selipar yang dipakainya kepada kumpulan tersebut.

Beberapa minit kemudian kelihatan salah seorang remaja lelaki datang membawa selipar dari dalam kedai dan meminta warga emas berkenaan untuk mencuba.

Tingkah laku bersahaja remaja tersebut cukup menyentuh hati apabila dia bukan hanya memberikan selipar untuk dicuba tetapi turut memegang kaki warga emas terbabit bagi melihat sendiri kesesuaian saiz. Malah, remaja terbabit beberapa kali dilihat berulang-alik keluar dan masuk bagi mendapatkan saiz yang tepat.


Difahamkan, video berkenaan dirakam oleh pemilik akaun TikTok yang menggunakan nama @andreprubsn, namun carian mStar di aplikasi tersebut tidak menemukannya.

Perkongsian itu kemudiannya diulang kicau lebih 8,000 pelayar Twitter selain mendapat kira-kira 13,000 tanda suka.

Rata-rata netizen memuji tingkah laku sekumpulan remaja berkenaan selain mengucapkan tahniah kepada ibu dan bapa mereka kerana pandai mendidik anak.

“Lagi hebat kalau dia beli selipar tu guna duit sendiri (duit raya). Tak doa banyak, cuma doa semoga Allah kurniakan syurga padamu dik.

“Ibu bapa remaja ini patut berasa bangga dengan tindakan yang dilakukan. Mereka juga harus diberikan pujian atas tindakan anak-anak.

“Kalau la itu anak aku, sejuk perut lahirkan dia. Alhamdulillah, semoga lebih ramai ibu bapa mampu mendidik anak-anak mereka seperti ini,” ujar sekumpulan netizen.

Tonton Video  Penuh Penjelasan : SILA KLIK DI SINI

Sumber: mstar via kini.airnws