“Usah Berkira!” – Lelaki Ini Kongsi Sebab Mengapa Suami Patut Beli Makeup Buat Isteri

Hari ini, seringkali laman sosial dibanjiri dengan luahan-luahan para isteri yang merasa kecewa dengan para suami yang menyerahkan urusan rumah tangga sepenuhnya  kepada isteri sehinggakan mereka berasa tidak terurus dan tidak berpeluang untuk berhias diri. Sudah lah begitu, setiap kali isteri meluahkan hasrat untuk membeli barang untuk berhias pasti saja dimarahi para suami kerana dikatakan membazir.

Oleh itu, seorang individu yang dikenali sebagai Akhtar Syamir, yang juga merupakan seorang suami tampil untuk memberi perkongsian nasihat buat para suami tentang sebab kenapa mereka harus membelikan isteri mereka alat solek.

Bagi saya ni amat penting untuk tambah keyakinan isteri, terutamanya buat suri rumah

Kenapa semua suami perlu mula belikan make up untuk isteri?

Bagi saya, benda nie amat penting untuk menambah keyakinan isteri. Terutamanya isteri suri rumah yang terpaksa mengharapkan suami untuk membelinya.

Kenapa saya rasa makeup penting? Kerana saya lihat sendiri kesannya terhadap isteri

Boleh je kita sebagai suami memberi alasan yang benda ini semua membazir dan tidak perlu. Jika anda jenis suami sebegitu, silalah tekan butang back dan beredar dari penulisan ini. Kerana ini bukan untuk anda.

Kenapa saya rasa make up ini penting? Kerana saya lihat sendiri perubahan yang terjadi kepada isteri saya secara fizikal dan rohaninya.

Kena selam & faham naluri isteri yang sentiasa ingin nampak cantik

Kena selami dan fahami naluri isteri yang sentiasa ingin nampak cantik. Memang kecantikan itu patut ditunjukkan kepada suami sahaja, tetapi kecantikan itu sendiri membuat isteri rasa yang dia membanggakan suaminya. Ini sekaligus menambah keyakinan diri di dalam perhubungan suami isteri.

Cuba anda sekali sekala sebelum keluar bersama isteri, berhenti sebentar dan mengagumi serta memuji kecantikan isteri. Anda tak tahu betapa di dalam hatinya terlompat – lompat kegembiraan disebabkan pujian itu.

Kesan dia boleh nampak serta merta…rumah akan terasa lebih aman harmoni

Kesan dia boleh nampak dengan serta merta. Isteri akan mula memegang anda dengan lebih erat semasa berjalan, isteri akan selalu tersenyum, isteri akan nampak gembira dan ceria, hubungan dengan anak – anak akan jadi lebih baik, sangat berkurang keadaan tegang di rumah, serta rumah anda akan terasa lebih aman harmoni.

Jaga isteri sebaik mungkin…anda sahaja tempat isteri bergantung harap

Isteri yang gembira = keluarga yang gembira. Terapkan ayat ini di dalam hati kita. Jagalah isteri anda sebaik mungkin, ambil tahu keperluan rohani si isteri. Terutamanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Anda sahaja tempat untuk isteri bergantung harap.

Janganlah berkira, bukan mahal pun…semua tahan berbulan-bulan

Pusing la macam mana pun, kita juga akan dapat hasilnya. Janganlah berkira, bukan mahal mana pun. Semuanya boleh tahan berbulan – bulan. Mulakan dari sekarang, tanya isteri. Tawarkan diri untuk beli alat solek untuk isteri. Bukan susah pun. Semuanya ada di lazada.

Ada je yang murah2…tengok review orang untuk lebih yakin

Guna Lazada atau Shopee untuk bandingkan harga. Ada je yang murah – murah, tengok review orang yang dah beli supaya lebih yakin.

Kalau tak nak beli kat Lazada atau Shopee pun takpe, boleh juga tengok yang di Watsons ( tengah offer  ) atau drugstore yang lain. Pastinya boleh belek sendiri untuk lebih yakin.

Suami wajib tahu kepentingan makeup & produk penjagaan muka isteri

Semoga dengan penulisan ini dapat suami lebih menggembirakan isteri. Jangan segan untuk berkongsi post ini kerana semua suami wajib tahu kepentingan make up dan produk penjagaan muka isteri.

Untuk suami mudah je…ada gel rambut, deodorant & perfume dah cukup hensem

Untuk suami, mudah je. Macam dalam gambar tu. Ada sikat, gel rambut, deodorent dengan minyak wangi dah cukup hensem. Hahaha..

Sumber: Facebook Akhtar Syamir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.