Ustazah Pergi Menemui Ilahi Selepas Bertarung Lahirkan Bayi Lelaki

KG.KEBAKAT,TUMPAT – “Teringat lebih daripada teringat, dua tiga hari tidak mahu makan dan minum susu. Dia berlari ke dapur mencari ibunya lepas itu menangis kerana tidak jumpa.”

Demikian ujar seorang jurutera kilang di Alor Gajah, Melaka, Mohd. Hasbullah Mohamed Yasin, 32, menceritakan keadaan anak perempuan sulungnya, Nurul Huwaina Arissa berusia setahun empat bulan selepas kehilangan ibu 10 hari lalu.

Lebih menyedihkan, wanita itu, Nurul Shuhadat Mohd. Daud, 32, seorang ustazah dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Melaka mening g4l dunia semasa melahirkan anak keduanya, Muhammad Hayyan di Hospital Besar Melaka.

Bayi lelaki tersebut selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.17 kilogram pada pukul 12.21 tengah malam pada 22 Disember lalu.

Mohd. Hasbullah berkata, selepas kejadian tersebut, anaknya, Nurul Huwaina Arissa begitu merindui arw4h isterinya yang mesra dengan panggilan ‘mama’.

“Nurul Huwaina memang rapat dengan ibunya. Setiap malam dia akan tidur berpelukan dengan arw4h isteri. Dia masih kurang mengerti bahawa ibunya sudah pergi buat selama-lamanya. Dua ke tiga hari selepas ibunya mening g4l dia tidak lalu makan dan minum susu.

“Dia berlari ke dapur mencari ibunya, melihat ke kerusi yang selalu ibunya duduk tetapi tidak berjumpa. Selepas itu dia akan menangis kerana tidak jumpa. Malah, apabila terjaga pada tengah malam dia akan memanggil mamanya,” katanya ketika ditemui di Kampung Kebakat di sini semalam.

Menceritakan semula detik tersebut, Mohd. Hasbullah berkata, keadaan isterinya stabil selepas melahirkan zuriat mereka dan arw4h beriya-iya mahu memberikan nama kepada bayi lelaki itu.

“Saya sempat azan dan iqamat di telinga anak kedua kami sebelum doktor mengarahkan saya keluar untuk prosedur seterusnya. Kira-kira pukul 2 pagi, pihak hospital memaklumkan keadaannya stabil dan perlukan rehat.

“Kira-kira pukul 3 dia k0 ma dan terus tidak sedarkan diri sebelum mening g4l dunia. Doktor memberitahu punca kejadian berpunca daripada da r4h beku meny3rang p4ru-p4runya,” ujarnya tenang.

Jena z4h isterinya dibawa pulang ke kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perku boran Islam Tok Selehor, Kok Pasir di sini.

Katanya, dia kini bercadang untuk mencari kerja di Kelantan selepas ini bagi memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya semasa membesar.

Mohd. Hasbullah kini menggalas tanggungjawab untuk membesarkan kedua-dua anaknya.

“Isteri ini jodoh yang baik dengan saya, dia amat mengambil berat tentang saya. Sifat penyayangnya itu terhadap keluarga ini akan sentiasa dirindui. Dia pergi dalam keadaan mengejut namun saya tetap reda.

“Ini dugaan ketiga buat keluarga saya, pada Mac tahun lalu bapa saya, Mohamed Yasin Mohamed mening g4l dunia diikuti kakak sulung, Norhayati pada Ogos lalu mening g4l akibat demam denggi berdarah di Hospital Selayang,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, kem4 tian Nurul Shuhadat itu kerana melahirkan anak tergolong dalam golo­ngan syahid kecil.

Beliau berkata, m4ti syahid ini menurut Islam terbahagi kepada dua iaitu syahid besar dan syahid kecil manakala kaum wanita yang mening g4l dunia kerana melahirkan anak termasuk dalam kalangan para syuhada.

“Bukan sahaja wanita mening g4l dunia semasa melahirkan, malah m4 ti lemas, kema l4ngan, m4 ti dalam kebak4ran juga dianggap sebagai syahid kecil.

“Cumanya jena z4h mereka yang syahid kecil ini perlu diuruskan se­perti biasa berbeza dengan golongan yang gugur di medan perang ketika berjuang membela Islam (syahid besar),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.