(Video) ‘Bukti dah ada, tunggu polis ambil tindakan’ – Hampir terjelir lidah kerana beng4ng dihalang guna lorong kec emasan

Sudah berkali-kali dimaklumkan kepada para pengguna jalan raya bahawa lorong kecemasan tidak boleh digunakan sesuka hati. Tetapi masih ada pengguna yang ingkar dan dilihat menganggap jalan raya itu seperti milik keturunannya.

Viral di media sosial baru-baru ini, video dua lelaki keluar dari kereta kerana beng4ng ada pemandu kenderaan berat yang menghalang mereka dari menggunakan lorong kecemasan.

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 37 saat itu, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih menyalahgunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri. Namun apabila kereta rakannya, Proton Satria cuba menggunakan lorong itu, dihalang oleh pemandu lori.

Pemandu Toyota Vios itu sanggup memperlahankan kenderaannya untuk menunggu rakannya di belakang. Sehingga keadaan jalan kembali lancar, dua buah kenderaan itu berhenti di depan lori itu secara tiba-tiba.

Dua lelaki keluar dan mula memarahi pemandu lori, salah seorang mengeluarkan alat pengunci stereng untuk mengancam mencedrakan pemandu lori.

Bagaimanapun, kekecohan itu dileraikan oleh penunggang motosikal yang menasihati mereka untuk beredar dari terus menghalang perjalanan pengguna jalan raya lain.

Di media sosial, netizen menyelar tindakan dua pemandu kereta itu yang jelas sekali melakukan kesal ahan menyalahguna lorong kecemasan dan berlagak samseng di jalan raya.

Kredit: mymediahub

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.