(Video) ‘Dato pukuI anak angkatnya menggunakan kasut’ – Pembantu rumah

Kini tersebar pula gambar dan video anak angkat kepada usahawan kosmetik terkenal yang dipukuI hanya kerana mahu merakam gelagatnya menangis.

Berdasarkan lapo ran polis yang dibuat oleh pembantu rumah warganegara Indonesia berusia 34 tahun itu, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan sekerjanya sebelum dia dipanggil oleh suspek masuk ke dalam bilik kasut.

“Dato **** ***** telah memukuI anak angkat beliau menggunakan tangan di muka, semasa beliau ingin merakam video live YouTube kerana anak angkat beliau menangis.

“Selepas kejadian itu, Dato telah memanggil saya untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkat beliau. Dato juga telah menyuruh saya memukuI anak angkat beliau tetapi saya tidak mahu kerana takut terjadi apa-apa.


“Selepas itu, Dato sendiri telah memukuI anak angkatnya menggunakan kasut di badan dan telah mencu bitnya sehingga meninggalkan kesan,” katanya dalam laporan tersebut.


Difahamkan, pengadu kini sedang mendapatkan perlindungan dari pihak Kedutaan Indonesia kerana bimbang dia dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ oleh suspek.

Berdasarkan video bukti yang dikongsikan, terdapat kesan lebbam di bahagian pinggang kanan mngsa yang me lecet dipercayai dicubit oleh suspek.

Sebelum ini, akhbar Harian Metro melaporkan seorang pembantu rumah membuat lapo ran polis sehari selepas majikannya yang merupakan usahawan kosmetik terkenal memukuI anak angkatnya berusia dua tahun.

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada 28 Februari lalu di rumah usahawan berkenaan di Petaling Jaya.

Menurut sumber media berkenaan, usahawan itu memukuI mngsa menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis.

Selepas kejadian itu, pembantu rumah berkenaan turut dipanggil masuk ke dalam bilik kasut bersama mngsa dan suspek mengarahkannya memukuI mngsa.

Bagaimanapun, pengadu enggan menurut arahan tersebut menyebabkan suspek memukuI mngsa menggunakan kasut di bahagian badan selain mencu bitnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini.

“Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sumber: Bunga Aprell

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.