[Video] – Isteri mengidam bawa “GrabFood” suami layankan je.

Mengidam dan mengandung memang tidak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu. Boleh dikatakan kebanyakan wanita akan melalui pengalaman ini semasa berbadan dua. Namun begitu, para suami kena ingat bahawa keinginan yang tinggi ini bukanlah berlaku terhadap jenis makanan yang lazat-lazat sahaja.

Ini kerana ada sesetengah bakal ibu kadangkala boleh mengidam untuk melakukan bermacam aktiviti pula seperti dipaparkan dalam video yang sedang meningkat viral di Twitter baru-baru ini.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Zulfahani Zulkifli ini, dia sudah lama teringin mengikut suaminya untuk membuat food delivery tapi tidak dibenarkan oleh suaminya. Gara-gara itu, dia cuma mampu menggalas beg servis penghantaran makanan itu sahaja menerusi paparan tweet sebelum ini.

Bagaimanapun, hasratnya akhirnya termakbul pada malam tadi apabila diizinkan oleh suami, iaitu Haikal untuk menghantar satu tempahan.

Apa yang menariknya lagi, dia turut memeriksa motosikal miliknya terlebih dahulu sebelum memantau rapat isteri sepanjang dia berada di atas jalanraya.

Orang mengidam makan sedap2…ko ngidam nak bawa Grab dah kenapa.

https://twitter.com/haikalmazlan/status/1172500160368103424?s=19

Namun, wanita ini berasa sedikit ralat selepas melakukan tugas terbabit kerana pelanggan yang membuat tempahan itu sebenarnya adalah bekas majikannya suatu masa dahulu.

Moga baik baik mak dengan ank. Hahaha jangan ngidam mcmni lagi dah.

Lain macam punya mengindam ni. Hehe. Hati-hati dan semuga dipermudahkan segala urusan

Kita doakan semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat dan semoga selamat menimang cahaya mata mata nanti.

Sumber: kisah dunia via Haikal & zackkiflee

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.