(Video) ‘Kau pukul anak aku!’ – Bapa sepak pembantu rumah

Seorang pembantu rumah disepak majikan kerana berang selepas mendapati wanita itu memukul anaknya yang baru berusia beberapa bulan.

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari 3 September lalu di Vietnam, wanita itu terdahulu cuba memberi susu kepada mangsa tetapi ditolak.

Be rang dengan suara tangisan mangsa, wanita itu memukul punggung mangsa beberapa kali sebelum mengangkatnya ke tempat lain.

Apabila ibu bapa bayi pulang, si bapa memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati pembantu rumah itu memukul anaknya.

Panas hati melihat rakaman itu, si bapa terus menyepak kepala wanita itu beberapa kali sebelum dihalang oleh isterinya.

Tidak diketahui apakah nasib pembantu rumah itu.

Rata-rata warga net yang melihat video berkenaan menyokong tindakan lelaki berkenaan. Antaranya:

Bagus. Video ni kena tunjuk dekat setiap pembantu rumah yang nak masuk kerja di Malaysia. Terutama dari Indonesia. Sebagai orientasi supaya tak kurang ajar

Banyak kes Mcm Ni. Terutama Pembantu Rumah Org Asing Jangan Percaya La. 10org satu pun xle caya. depan2 lembut baik je, belakang kita die naik tocang korang pun xcaya. better hantar la kt pengasuh org kita atau paling safe pusat pengasuh yg terjamin keselamatan lengkap cctv tu. lain jangan la percaya. semua kes banyak pelempang la, terrajang la, godok2 susu kt mulut budak la, budak kecik mana tahu apa, diorang ni emosi lebih2 melampau kesan nya kat anak kita. tu belum citer makanan yg bersih disediakan lagi. Wallahuaalam. Selagi boleh elak baik elak la.

Sumber : thereporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*