Zon merah pertama diisytihar selepas PKP, larangan rentas daerah

MALAYSIA: Jika anda mengikuti perkembangan Kementerian Kesihatan Malaysia, pasti anda akan dapat lihat bahawa kes mendadak naik di Sarawak apabila sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 8 kluster dikesan di Sarawak.

Namun begitu perkembangan tersebut sedikit lega apabila semalam Kementerian Kesihatan memaklumkan hanya 1 kes direkodkan di Sarawak dengan kes tersebut ialah kes import dan bukannya penularan tempatan.

Zon Merah

Walaupun 1 angka semalam, Kuching telah diisytiharkan sebagai Zon Merah cov-19 di Sarawak dengan 2 daerah lagi diisytiharkan sebagai zon kuning.

DIsebabkan zon merah, maka pada hari ini bermulanya larangan rentas zon yang akan dilaksanakan oleh pihak Polis Sarawak bagi mengawal pergerakan keluar masuk antara zon merah dan zon hijau.

Menurut sumber yang diperolehi, larangan itu akan bermula 1 ogos 2020 sehingga 14 ogos nanti dengan pihak PDRM telah memulakan operasi sejak malam tadi.

Ini langkah yang dibuat oleh Sarawak dalam mengawal penularan tempatan yang semakin membimbangkan.

Oleh itu, peraturan sama seperti sebelum ini dikuatkuasakan dengan sesiapa yang mempunyai urusan penting hendaklah mendapatkan surat perjalanan dari balai polis dengan surat sokongan hendaklah dikeluarkan oleh majikan atau syarikat masing-masing.

“Pihak PDRM mengatakan bahawa pengecualian akan diberikan kepada mereka yang menjalankan tugasan rasmi dan pekerja perkhidmatan penting.

Oleh itu, mereka wajib mendapatkan surat kebenaran polis dengan menunjukkan surat pengesahan dari ketua jabatan dan syarikat masing-masing.” – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak

KES COV-19 Semalam

Semalam dalam sidang media yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat pertambahan 12 kes positif cov-19 telah dilaporkan semalam dengan 7 penularan dalam negara dan satu kes kmtian direkodkan.

Dengan pertambahan tersebut, jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 8976 telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga ke hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, 5 daripada 12 kes baharu yang dilaporkan itu merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Manakala 27 kes telah pulih sepenuhnya dari cov-19 dengan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sehingga ke hari ini adalah 8644 kes iaitu 96.3% daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.