Petua Mudah Bersihkan Aircond

Cara Mudah Bersihkan Aircond, Dengan Hanya Menetapkan Kepada 'Mode Fan' Sahaja
Cara Mudah Bersihkan Aircond, Hanya Guna Remote Sahaja

Bulan Puasa begini, pastinya penggunaan aircond lebih dari biasa. Terutama sekali jika anak-anak ada di rumah. Ditambah dengan cuaca panas menyebabkan anda sekeluarga mungkin menggunakan penyaman udara sepanjang masa.

Namun, jangan hanya pandai guna sahaja. Jika mahu memastikan ia berada dalam keadaan yang baik, tahan lama dan sentiasa sejuk, unit penyaman udara mestilah diselenggara selalu.

Walaupun ia masih berfungsi dengan baik, penyelenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan dan kebolehupayaan penyaman udara dalam memberi kesejukan mengikut kapasiti awal.

Bab pembersihan alatan elektrik, atau perabot sudah menjadi perkara wajib dilakukan, pada hari-hari biasa, mahu pun bila tibanya sesuatu perayaan. Ini bagi memastikan keselesaan tetamu yang hadir ke rumah nanti.

Mungkin ada di antara kita yang tidak punya masa dalam membersihakan penghawa dingin, yang mana setelah seharian digunakan, lebih-lebih lagi pada waktu malam, ianya pastinya sudah mula berhabuk.

Terdapat cara mudah yang boleh digunakan dalam membersihkan penghawa dingin, dan ianya hanya dengan menekan satu butang sahaja pada alat kawalan jauh.

Jom kita lihat bagaimana caranya.

Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri aircond, lakukan teknik ini.

Selepas mengggunakannya di malam hari, JANGAN matikan terus, sebaliknya lakukan langkah berikut jika mahu bersihkan penyaman udara anda sendiri.
Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
Kemudian barulah matikan aircond.

Baca juga Inilah Cara Berkesan Cuci Sinki Tersumbat, Buat Sendiri Dulu Sebelum Panggil Tukang Paip
Mengapa tetapkan ke mode “Fan”?

Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penghawa dingin anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran  dan kelembapan)

Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Sumber: Petua Ibu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.