“Abaikan mereka yang iri hati dengan ketokohan sayang dalam bidang kedoktoran” – Dai Farhan sambut ulang tahun isteri pada 19 Disember

JUARA program Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohammad berharap isterinya, Dr Aireen tidak terkesan dengan komen-komen negatif daripada segelinitir pihak yang iri hati dengan kehebatannya dalam bidang kedoktoran.

Nik Farhan menerusi Instagramnya pada Jumaat memberi sokongan dan meminta isterinya itu terus bersemangat memberi manfaat kepada masyarakat dalam bidang tersebut.

“Teruskan semangat memberi manfaat pada masyarakat dalam dunia perubatan dan kesihatan. Abaikan kata-kata mereka yang iri hati dengan ketokohan sayang dalam bidang kedoktoran.

Paparan skrin pesanan mesej dan juga akaun Instagram yang dikongsi di posting halaman Facebook.

“Yakin dengan Allah, kongsi kebaikan dengan kasih sayang, teruskan merawat insan-insan untuk mereka kembali sihat walafiat, selesa dan bahagia beribadah kepada TuhanNya,” katanya.

Pendakwah bebas ini memuat naik luahan tersebut menerusi laman Instagram sempena ulang tahun kelahiran isterinya itu pada Khamis, 19 Disember 2019.

Nik Farhan turut memuat naik beberapa foto ketika mereka sedang berbulan madu di Seoul, Korea baru-baru ini.

Bagaimanapun, Nik Farhan masih memilih untuk menutup ruang komen di laman sosialnya bagi mengelakkan perbalahan dalam kalangan netizen.

Teruskan semangat memberi manfaat pada masyarakat dalam dunia perubatan dan kesihatan.

NIK AHMAD FARHAN

Juara Da’i musim kedua

Sebelum ini, satu halaman Facebook muncul dengan pendedahan mengejutkan apabila mendakwa isteri Nik Farhan itu telah menyalahgunakan gelearan doktor (Dr).

Isterinya yang menggunakan akaun IG drholis@wc sebelum ini menyatakan bahawa dirinya seorang doktor neurologi.

Namun, semakan di laman sesawang Majlis Perubatan Malaysia (MMC), nama Aireen atau Noorainul Naqim Mohd Radzi tiada dalam pangkalan data tersebut.

Dalam pada itu, Nik Farhan menganggap tarikh 19 Disember mencipta satu kenangan terindah buat mereka dan mendoakan agar isterinya sentiasa dimurahkan rezeki.

Nik Farhan berkongsi foto ketika mereka berbulan madu.

“Kenangan yang indah tercipta pada tarikh 19 hari bulan ni. Sanah Helwah buat isteriku tercinta @drholisw.

“Moga sentiasa disinari cahaya kebahagiaan dalam hidup, dilimpahkan rezeki yang barakah, sukses selalu dunia akhirat,” ujarnya.

Pasangan ini mula menjadi perbualan hangat netizen apabila Nik Farhan mendedahkan dia sudah berkahwin dengan seorang janda beranak lapan di Makkah tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Kontroversi perkahwinan keduanya itu semakin hangat diperkatakan apabila dia mengesahkan mengenai khabar angin sudah menceraikan Fatin menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember lalu.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.