‘Abam bangun, ini Angah dengan mak datang, kau kenapa macam ni?”’ – Ali Puteh

Sebak sungguh dengan perkongsian pelawak, Ali Puteh yang merupakan adik kepada Allah yarham ABAM atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32.

“Saya goncang kepala dia dan cakap Abam bangun, ini Angah dengan mak datang, kau kenapa macam ni?”

Itu perkongsian adik kepada Allahyarham Abam, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, menceritakan detik ketika beliau cuba mengejutkan abangnya di kediaman Allah yarham di Gombak pada pagi Isnin.

Ali menceritakan pada ketika itu dia masuk ke dalam bilik dan melihat abangnya itu kaku terbaring di atas katil dan dia cuba mengocangkan abangnya namun tiada sebarang respon kata Ali ketika ditemui Astro AWANI.

Dia sebelum itu menerima panggilan dari isteri Allah yarham yang menyatakan bahawa abangnya itu pengsan.

“Isteri dia kata dia (Abam) macam pengsan, saya masuk rumah dia, sebab rumah kami tidak jauh.

“Namun, beliau menyedari abangnya itu telah pergi buat selama-lamanya selepas mendapati tiada reaksi dari Abam.

“Tetapi dia tak menyahut, saya sedar abang saya dah tak ada (mennggal dunia). Tetapi saya kuatkan semangat, saya cakap pada diri saya, dia boleh bangun lagi ini, saya rapatkan muka saya dengan dia tapi memang dia dah pergi tinggalkan kami,” kata Ali yang sebak tidak dapat menahan emosi.

Kata Ali lagi, dia dan abangnya sebelum ini merancang untuk membuat rancangan memasak di laman sosial selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Kali terakhir dia bercakap bersama Allah yarham pada malam Ahad menerusi panggilan telefon.

“Malam tadi dia telefon saya, dia tanya mak macam mana, abang tak sihat ni. Tapi tidak apalah, abang makan ubat.

“Saya ingat macam biasa je, rupanya dia nak pergi meninggalkan kita. Saya terkilan sangat tak dapat nak berbual dengan dia lama,” kata Ali lagi.

Allah yarham Abam Bocey menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin.

Jnzh Allah yarham disembahyangkan di Masjid Zakaria, Gombak Utara sebelum dikeb umikan di Tanah Perku buran Islam, Sg Pusu petang ini.

Ali juga mengakui berita kehilangan Abam ini juga turut mengembalikan kesedihannya yang telah kehilangan anak keduanya tidak sampai tiga bulan lalu. Memang berat dugaan dan ujian yang menimpa Ali dan keluarga. Kehilangan dua insan tersayang dalam sekelip mata mengundang sebak pengikutnya yang kebanyakan seakan-akan tidak mempercayai perkara tersebut.

Allah Sayang Kau Abang..

Ali juga ada berkongsi status di instagram ketika mengiringi jenzh abang ke hospital, “Salam semua.. Allah sayang kau.. Allah sayang kau abanggg.. jenzh di Hospital Selayang dan akan dimandikan dan dikafankan di masjid Batu 8 Gombak.”

Tidak lama dulu Ali juga pernah berkongsi gambar kenangan sewaktu zaman remaja bersama abangnya, Abam. Memandangkan ramai yang tertanya-tanya sama ada mereka adik beradik atau sebaliknya.

Kini, abangnya sudah pergi untuk selama-lamanya. Dan pemergian arwh dalam keadaan yang sangat baik.

Kata Ali, abangnya itu mennggal dalam tidur selepas waktu subuh tadi.

Dimaklumkan juga oleh Achey, jenzah Abam yang juga menganggotai kumpulan lawak BOCEY dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Allah yarham Abam Pernah Minta Isteri Berhenti Kerja

Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikuniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia 5 bulan.

Sebelum ini pun, arwh Abam pernah berkongsi mahu isterinya berhenti kerja dan menjaga sepenuh masa anak kecil mereka. Allah yarham mahu anaknya itu dibesarkan oleh mereka, berbanding pengasuh.

Malah, arwah sanggup memberikan gaji untuk isterinya setiap bulan. Ternyata arwah seorang yang menghormati dan baik melayan isteri dan anaknya. Semoga isteri arwah diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian kehilangan insan yang paling dicintainya ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.