“Alhamdulillah,selamat sampai..aku terbayang kau pon ada bam dalam pelukan tu..”

“Alhamdulillah,selamat sampai..aku terbayang kau pon ada bam dalam pelukan tu..” Pelukan airmata dari Achey sambut ketibaan Fad di KLIA. Lagi sebak bila Lihat Fad menggenggam sesuatu barang kepunyaan arwh. Sedihnya..

ERTI persahabatan yang rapat dan sukar diungkap dengan kata-kata.

Itulah yang mungkin gambaran perasaan Fad Bocey yang tidak dapat menziarah jnzh Abam Bocey kerana bercuti bersama keluarganya di Tokyo, Jepun.

Fad yang tidak mahu ketinggalan mengucapkan ‘selamat jalan’ ke negeri abadi buat rakannya itu membuat perkongsian foto di Instagram.

Pada kapsyen foto di masjid yang dimuat naik itu, Fad menulis, “mudah dan hebat bahagian kau, Bam. Ramai yang sayang pada kau, apatah lagi aku. Kalau nak dihurai perasaan ini, terlalu banyak sahabat. Insya-Allah, esok aku ziarah kau ye. Assalammualaikum. Al Fatihah , Syed Umar Mokhtar,” tulisnya.

Menerusi perkongsian terbaru  di akaun instagramnya, Fad berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan dia baru sampai Malaysia setelah pulang bercuti dari Jepun. Ketibaan Fad disambut oleh sahabat sejatinya Achey. Jelas nampak kesedihan dihati 2 sahabat ini apabila mereka saling berpelukan menangis. Fad juga dilihat menggenggam baju yang dipercayai pernah dipakai oleh Arwh Abam . Allahu..jelas nampak kerinduan Fad terhadap sahabatnya itu. Hanya baju tinggalan arwh sahaja yang menjadi pengubat rindu.

Jom baca kapsyen dibawah:

Alhamdulillah,selamat sampai..aku terbayang kau pon ada bam dalam pelukan tu,Allah..kite kene kuat ye chey..dpt semangat aku balik.

Achey pula turut berkongsi luahan didalam akaun instagramnya.

Darah,nafas,jantung aku kembali bergerak tenang… sayap kiri dan kanan #bocey terasa mula bergerak perlahan semula… itu yang kami ada buat masa ni…

Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen.

“Kuatkan hti fad n achey.. Kmi tau kau brdua kuat..”

“Sedih weh..allahuakbar..”

“Salam takziah fad & achey…jage kebajikan anak arwh ye”

“Alhmdlh dah sampai. Semoga tabah yea.. Sy baru scroll cete abam. Sedihnya… Semoga arwh ditempatkan dikalangan org beriman amiin”

Bersabarlah & redha dengan ketentuan Allah, Walaupun berat untuk hadapi, semoga Allah berikan kalian berdua kekuatan dan kembali menjadi inspirasi buat semua.

Semoga Bocey tidak putus semangat untuk terus berkarya. Al Fatihah.. tempatkan Allah yarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan di kalangan orang-orang yang beriman.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.