“Apa Dia fikir isteri saya mengandung anak orang lain ke?” – Abam Bocey hilang sabar disuruh buat ujian DNA anak

PELAWAK Abam Bocey bengang dengan tindakan seorang netizen yang meninggalkan komen di media sosial meminta dia melakukan ujian DNA ke atas anaknya yang baru dilahirkan pada Jumaat.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, berkata komen yang ditulis lelaki itu keterlaluan dan menyinggung perasaannya sebagai seorang bapa.

“Saya tak kisah kalau orang nak komen benda lain tapi bila sebut sampai perlu buat ujian DNA, itu dah melampau.

Abam bengang dengan komen seorang netizen.

“Komen itu terlalu kurang ajar… kalau nak bergurau bukan itu caranya, nak kata saya punya kecil ke kura-kura ke saya tak ambil pusing, tapi bukan komen sensitif begitu,” katanya kepada mStar.

Menerusi Facebook, Abam berkongsi paparan skrin komen yang ditinggalkan seorang netizen di sebuah portal hiburan.

Lelaki itu meminta Abam melakukan ujian DNA terhadap anak lelakinya yang baru dilahirkan.

Sementara itu, Abam berkata dia sedang menyiasat mengenai lelaki berkenaan dan ingin bersemuka bagi mendapatkan penjelasan berhubung komen tersebut.

Isteri Abam selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

“Saya nak berjumpa dengan lelaki itu dan tanya kenapa dia tinggalkan komen macam itu.

“Melalui akaun dia kita boleh kesan siapa pemiliknya cuma buat masa ini belum terfikir tindakan undang-undang,” katanya.

Pada Jumaat, Abam Bocey berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.55 kilogram di Hospital Selayang, Selangor.

Mereka berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.