“Berikan Yasin peluang. Dia perlukan bantuan dan rehabilitasi bukan hukuman” – Wardina Safiyyah

KECEWA dengan penahanan Yasin Sulaiman kerana mengusahakan tanaman ganja, pelakon Wardina Safiyyah berkata, penyanyi itu tidak sepatutnya diperlakukan sedemkian.

Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot berkata penyanyi lagu Mimpi Laila itu seharusnya menerima rawatan dan pemulihan disebabkan berdepan masalah kesihatan mental.

Wardina berkongsi pandangannya mengenai kes Yasin di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wardina Safiyyah Official (@wardinasafiyyahofficial)

“Dia layak untuk dirawat kerana masalah kesihatan mentalnya dan memerlukan sokongan dan mungkin pemulihan. Dia seorang kawan, artis yang sangat berbakat, bijak, berani, seorang yang baik walaupun terdapat kekurangan.

“Saya doakan dia menjadi lebih kuat, lebih baik dan mengharungi dugaan ini dalam satu bahagian,” kata Wardina.

Pelakon dan pengacara berusia 42 tahun itu berkongsi pandangannya mengenai kes penyanyi nasyid itu di laman Instagram miliknya.

Yassin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

“Perog*l dan pembunuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai m4ti” – WARDINA SAFIYYAH

Menerusi laporan mStar, bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh kerana kes itu terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

17 pasu pokok ganja yang ditemui di kediaman Yasin.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap penyanyi tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Lagi Lagi Senario ini turut meletakkan tanda pagar memohon keadilan untuk Yasin dan berharap penyanyi lagu Salsabila itu dibebaskan.

#justice4yasin #justiceforyasin Innalillahiwainnailaihirajiun. #justiceforyasinsulaiman @yasinsulaiman.

“Bebaskan dia dari penjara dan tolong rawat serta bantu dia. #istandwithyasinsulaiman #bipolarawareness. Harap kekal kuat di sana kawan! Kami menyokong anda!” ujarnya.

Kini Kumpulan Raihan Tampil Beri Ulasan Kes Yasin Ini, Mereka Ceritakan Keperibadian Yasin Yg Ramai Sebenarnya Tidak Tahu

Baru ini, dari Kumpulan nasyid popular tanah air, Raihan memohon agar orang ramai tidak cepat menilai atau menghakimi Yasin Sulaiman susulan penahanannya akibat dakwaan menanam pokok g4nja di kediamannya.

Ahli kumpulan ini, menyifatkan Yasin merupakan seorang sahabat yang baik, salah seorang anggota Raihan iaitu Abu Bakar Mohd Yatim tidak adil untuk membuat tafsiran sendiri kerana tidak tahu apa perkara yang berlaku atau sedang dialami oleh komposer itu sebenarnya.

Sahabat Yang Baik

“Dia seorang sahabat yang baik,Semua orang tahu dia ada penyakit dan kita tidak tahu apa yang dialaminya. Jadi disebabkan itu jangan terlalu cepat menghukum nya.

“Saya cakap begini bukan sebab Yasin kawan saya tetapi sesiapa pun, kita janganlah cepat menilai orang. Sebab kita tidak tahu apa yang dilaluinya kerana dia ada penyakit bip0lar.

“Masa mula-mula mendengar cerita ini pun kami tidak terus menilai sebab kami kenal dia bukan seperti itu,” katanya kepada Gempak.

Kumpulan Raihan ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran video muzik khas The Sunnah The Better yang merupakan kolaborasi bersama Alif Satar The Locos.

Dalam pada itu juga, kumpulan Raihan juga berpendapat tidak adil untuk menilai atau memberi tanggapan bahawa semua penyanyi nasyid bermasalah.

Bersangka Baik; Berdoa

“Penyanyi nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan… Jadi untuk keadaan sekarang kita doakan yang baik-baik buat Yasin, anak-anak dan juga keluarganya.

“Yang paling penting kita doakan ada pihak-pihak yang dapat membantunya, apa yang dilaluinya, kerana ini bukan kes biasa.

“Kita bersangka baik bahawa dia berpenyakit dan berdoa supaya Allah pimpin dan membantu dia hadapi masalah ini. Kami kenal dia bukan macam itu. Kami, kumpulan nasyid juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, doakan yang terbaik,” jelasnya.

Terdahulu, Yasin yang juga merupakan anggota kumpulans nasyid Brothers satu ketika dulu telah ditahan pada 24 Mac dikediamannya atas tuduhan memiliki d4d4h jenis g4nja.

Dia kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis dan berdepan hukuman gantung m4ndatori mengikut Seksyen 39B Akta d4dah Berb4haya 1952 jika sabit kesalahan.

Kredit: Mstar