Cari Di YouTube Apa Abam Tinggalkan Untuk Kita…Please Dengarkan Naikkan View Dan Hasilnya Untuk Tanggungjawab Yang Dia Tinggalkan

Pemergian Abam Bocey ataupun nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan yang telah pergi buat selamanya pada awal pagi semalam pastinya memberi kesan yang mendalam kepada keluarga serta sahabat handai Allah yarham khususnya rakan di industri hiburan tanah air.

Terbaru, menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh sahabat arwh yang juga ahli kumpulan Bocey iaitu Achey, beliau menyeru agar orang ramai mendengar satu lagu nyanyian arwh Abam di laman Youtube FUTUREMUSIC ENTERTAINMENT.

“SIKASIH….. apa itu??… cari di YouTube apa @abam_bocik tinggal kan untuk kita… please dengarkan naikkan view dan hasilnya untuk tanggungjawap yang dia tinggalkan… iringi lah dengan doa anda untuk nya… #bocey #gemokisawesome.” tulisnya.

Menurut Achey, lagu tersebut seakan peninggalan arwh buat kita semua. Berikut merupakan rangkap awal untuk lirik lagu ini [Satu persatu telah pergi, Meninggalkan segala di miliki, Yg pasti sudah pun tertulis, Di mana mula kan berakhir]… Jika dihayati semula bait-bait lirik lagu serta melodi lagu tersebut, amat meruntun hati.

https://youtu.be/8bRSeyrYffo

Dalam pada itu juga, ramai netizen menyeru mereka di luar sana untuk menonton video nyanyian Abam di Youtube:

Kalau betul-betul korang ikhlas nak bantu, jangan muat turun video “SIKASIH” dan muat naik di Facebook. Tengok terus di Youtube dan tekan iklan di dalam video.

Salam takziah buat keluarga Allah yarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.