Dah Berapa Hari Dia Tepuk Tangan Saya Cari Arwh – Isteri Abam

“Anak macam tertanya-tanya mana pergi bapanya, kepada saya,” demikian menurut isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam yang mennggal dunia, Isnin lalu.

Siti Nurhidayah Mohd Ali berkata, situasi itu membuatkan dirinya sebak kerana Allahy arham Abam memang rapat dengan anak tunggalnya itu.

“Selalu bila malam, anak kami akan kacau arwh dan tepuk belakang Abam. Sebelum tidur dia akan kacau arwh, dah berapa malam anak kami mencari mana Abam.

“Dia tepuk-tepuk saya macam tahu ayah dia sudah tiada. Setiap malam akan jadi macam itu selepas arwh pergi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, hari ini.

Menceritakan hal itu, Nurhidayah berkata, anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey akan sentiasa memanjat perut Abam setiap malam sebelum tidur.

Malah memasuki hari kedua ketiadaan Abam, Syed Uthman Hamzah yang kini lapan bulan lebih banyak diam dan sesekali men4ngis.

“Sejak Abam tak ada ni, anak kami masih sihat. Alhamdulilah, dan tidak banyak meragam,” jelas Nurhidayah.

Ditanya samada terdapat perubahan dr4stik sebelum arwh pergi selamanya, Nurhidayah berkata, suaminya ada menyatakan hasrat untuk menikmati asam pedas dan cendol.

Jadi mereka sekeluarga pergi ke Melaka bagi memenuhi permintaan Abam pada Khamis lalu.

“Sebelum arwh mennggal, Khamis tu dia cakap teringin sangat nak makan asam pedas. Lepas itu dia ajak saya pergi Melaka dan makan asam pedas.

“Yang pertama itu tidak ikut selera dia, lepas itu petang kami makan lagi. Siap cakap ini baru puas makan asam pedas.

“Malam Khamis itu dia nak makan cendol durian, dia seorang yang makan. Hari Jumaat dia cakap nak dem4m” katanya lagi. –

sumber : MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.