“Doakan saya masih diterima bekerja dalam bidang ini” – Jihan Musa dipuji cantik berhijab

PELAWAK dan pengacara terkenal Jihan Muse berharap penampilan baharunya yang tampil berhijab tidak menjejaskan kerjayanya dalam bidang seni.

Jihan turut berterima kasih atas doa dan sokongan orang ramai terhadap perubahan tersebut.

“Doakan saya masih diterima untuk bekerja dalam bidang ini lagi sebab saya memang suka kerja saya,” ujarnya membalas komen salah seorang netizen.

Jihan kini tampil dengan imej berhijab.

Dalam pada itu terdapat juga netizen yang berharap agar pelawak berkenaan kekal mengacarakan rancangan Gegar Vaganza dan Meletop.

“Amin, Insya-Allah mudah-mudahan masinlah mulut awak,” balasnya.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa,36, pada Jumaat memuat naik foto penampilan terbaharunya yang kini bertudung dan perubahannya itu mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya memberi komen positif dan memuji menampilan wanita tersebut yang semakin cantik selepas berhijab.

Mereka berharap Jihan terus istiqamah dan berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Jihan kini sedang menikmati percutian bersama suaminya iaitu pelakon Ungku Hariz dan anak mereka, Ungku Arsalan Haq.

Penampilan Jihan Muse bertudung kelihatan cantik, semoga terus istiqamah

BEBERAPA foto penampilan terbaharu pengacara Jihan Muse yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya menarik perhatian netizen.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 36, berkongsi beberapa keping foto dia memakai tudung namun tidak dijelaskan mengenai perubahan tersebut.

Rata-rata pengikut di laman sosial memuji kecantikan Jihan memakai tudung dan mendoakan agar pengacara Bintang Minggu Ini untuk terus istiqamah dengan penampilan itu.

“Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah. Biar terpaksa membuat sesuatu perkara yang baik tu daripada tidak membuat langsung. Lama-lama yang terpaksa tu yang akan jadi biasa. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Jihan tampil bertudung di laman sosialnya.

“Cantiknya Jihan, semoga Allah bukakan pintu hati Jihan untuk tutup aurat sepenuhnya. Amin. Sayang Jihan dan baby ninja.

“Hebat perancangan Allah tu @jihanmuse, teruskan istiqamah, semoga apa yang diimpikan terlaksana dengan baik. Cantik!” komen beberapa orang netizen.

Melihat foto-foto yang dimuat naik, Jihan kini sedang menikmati percutian bersama suaminya yang juga pelakon Ungku Hariz dan anak lelaki mereka iaitu Ungku Arsalan Haq.

Dalam pada itu, salah seorang pengikutnya turut memuji Jihan kerana dari dulu jarang mempunyai gosip dan sentiasa dikelilingi dengan orang baik-baik.

Jihan kini sedang bercuti berada di Jepun.

Menerusi komen tersebut, individu itu mengikuti Jihan di Instagram kerana suka melihat selebriti itu pergi ke kelas agama dan mengaji Al-Quran.

“Satu saja nak hormat Jihan ni. Walaupun datang dari bidang lawak. Tapi dari dulu jarang nak ada gosip liar dan murah. Tambah, kawan dengan orang-orang baik seperti Fafau (Farah Fauzana) dan lain-lain.

“Lepas tu kalau siapa yang dah lama ikut dia dan suka tengok Igstory dia suka pergi kelas agama dan mengaji Al-Quran. Semoga Jihan menjadi wanita, ibu dan isteri yang solehan. Insya-Allah. Amin,” tulisnya.

Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 34, berkahwin pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama yang kini berusia setahun.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.