Izzue Islam Terdengar Bunyi Bising. Isteri Terpaksa Lari Selamatkn Diri, ‘Benda Tu Muncul Dpn Bilik Tidur’

” Sebelum tidur cuba check bawah katil tu! Kitorang dah kena pagi tadi”

Itu perkongsian pelakon dan penyanyi Izzue Islam di Instagram beliau yang menarik perhatian ramai.

Gara-gara terlalu panik melihat kemunculan mengejut seekor biawak di pintu bilik tidur, isteri kepada pelakon dan penyanyi Izzue Islam iaitu Awin Nurin ‘lari tak cukup tanah’ untuk menyelamatkan diri.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 30, disebabkan insiden itu kaki kanan isterinya bengkak dan lebam akibat terjun dari tangga ketika ingin melarikan diri.

” Ketika itu Awin baru keluar dari bilik air dan tiba-tiba nampak kepala biawak keluar dari pintu bilik tidur.

” Kerana terlalu takut dan panik, Awin pun berlari la sebab ingatkan biawak itu kejar dia.

” Masa kejadian itu berlaku, saya tengah mandi di bilik air bawah. Saya dengar bunyi bising orang turun tangga dengan kuat.

” Rupa-rupanya Awin terjun dari tangga atas ke bawah sebab nak selamatkan diri daripada biawak itu.

” Kaki kanan Awin bengkak dan lebam sebabkan insiden itu.

” Selepas itu, kami terus hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk tangkap biawak tersebut,” kata Izzue kepada mStar.

https://www.instagram.com/p/CDwVvwTjahD/?igshid=1a49kfxi409aq

 

Sebelum ini, Izzue mendedahkan isterinya cedera akibat terjun dari tangga ke bawah rumah gara-gara panik ketika melarikan diri dari seekor biawak seberat 3 kilogram di laman Instagram miliknya.

Bekas anggota kumpulan Forteen itu juga memuat naik video memperlihatkan Awin terhincut-hincut berjalan sambil kaki sebelah kanannya berbalut.

Dalam pada itu, Izzue memberitahu keadaan kaki Awin semakin pulih dan bengkak pun sudah susut namun isterinya menjadi trauma untuk duduk di rumah seorang diri.

” Alhamdulillah Awin dah okey dan dia pun dah boleh jalan cuma ada lagi lebam.

” Bengkak pun dah berkurangan. Selepas insiden itu, kami terus ke klinik dan doktor pun sudah beri injection untuk susutkan bengkak.

” Awin terpaksa ikut saya pergi shooting juga sebab dia jadi trauma nak duduk rumah seorang diri.

” Yela… bimbang kalau biawak atau haiwan lain masuk rumah kami lagi.

” Sekarang ini, tak tahu lagi macam mana biawak itu boleh masuk rumah. Tapi kami syak, mungkin dia masuk dari bumbung.

” Insya-Allah ada masa nanti saya nak minta tolong tukang rumah periksa kawasan itu,” ujarnya.