“Jangan Post Pasal Arwh Banyak Sangat..Tak Tenang Dia”- PU Azman Menjawab Kepercayaan Budaya Orang Kita.

Selepas seminggu pemergian pelawak Abam, pelbagai cerita mengenai kebaikannya dan keluarganya setiap hari berlegar di media sosial.

Begitu juga pelbagai andaian masyarakat yang membacanya. Ada yang menganggapnya suatu pengajaran yang patut dikongsi pada kita yang masih hidup tidak kurang pula yang menganggap ia seperti rintihan dan minta menghentikan semua cerita agar arwh tenang di alam sana.

Namun lain pula pendapat dari PU Azman, beliau menyatakan bahawa :

“Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang ma4ti“

Ada budaya di kalangan masyarakat berbunyi : “Jangan post tentang arwh banyak sangat, nanti arwh tak tenang di sana”.

Kenyataan di atas tidak betul sama sekali. Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang mati DALAM HAL INI.

Tiada masalah menceritakan kebaikan orang ma4ti sebagai pengajaran dan semangat kepada yang hidup. Tiada masalah postkan foto kenangan yang sopan, tutup aurat dan syar’iey sebagai melepas rindu. Hal ini tidak bermakna yang mengepost itu tidak redha. Redha atau tak, tu perbuatan hati. Kita orang luar tak boleh nak nilai.

Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu meratap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si ma4ti. Bahkan si pelaku yang masih hidup itu sahaja yang mendapat kesan dosa atau tidak.

Tiada istilah memikul dosa orang lain

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ .

Maksud :”dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”.

Ramai di kalangan kita yang selalu postkan tentang kerinduan kita dan kebaikan orang-orang soleh di zaman silam, sekalipun mereka telah meninggalkan kita ratusan tahun. Seumpama Imam Syafie dan sewaktu dengannya.

Cuma pesanan pada kita-kita yang post ni (termasuk Cik Man) agar sentiasa bimbing jiwa supaya tak terkeluar dari batas redha.

Sekian dari Cik Man.
Hanya rindu.

Pujian orang ramai sebagai tanda keredhaan Allah terhadapnya

Sebelum ini Mufti Wilayah Dr Zulkifly Al Bakri ada juga ada menyatakan sekiranya kebaikan orang yang mennggal itu mendapat pujian itulah bermakna kegembiraan orang mukmin yang disegerakan.

Maksudnya “itulah berita gembira bagi orang mukmin yang disegerakan” – riwayat muslim no 2642

Di harap kepercayaan karut orang melayu mengenai dosa yang ditanggung atau “tidak tenang arwah di alam sana” tidak lagi diperkatakan setelah orang ilmuan agama menberi pencerahan

 

sumber : Pu azman, via coretan ummi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.