“Kadang-Kadang Men4ngis Sendiri.” – Anak Bakal Jadi Doktor, Ini Luahan A Aida

Penerbit terkenal Datuk A Aida terharu apabila anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 25, berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada majlis konvokesyen yang diadakan di pusat pengajian tinggi itu di Bangi, semalam.

Aida, 51, atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, dari kecil lagi dia sudah tetapkan anak sulungnya itu perlu menjadi doktor.

Foto: IG

“Alhamdulillah, dia sudah tamat belajar dan selesai konvokesyen. Namun, semalam tak boleh ikut serta disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selain peraturan universiti. Jadi, saya tunggu di rumah saja.

“Sebenarnya, menjadi ibu tunggal yang besarkan tiga anak dengan karakter berbeza teramat per1t. Kadang-kadang men4ngis sendiri.

“Saya memang pentingkan pendidikan anak-anak. Saya sudah tetapkan anak pertama kena menjadi doktor dan selalu ingatkan dia. Saya asah dan tanamkan minat dia dari kecil. Alhamdulillah, dia okay dan ikut. Kiranya buku memang teman baik dia. Walaupun tidak membesar dengan bapa kandungnya, saya bersyukur Allah hantar Prof Madya Datuk Dr Ustaz Ariff sebagai bapa angkat anak-anak saya. Dia yang membantu anak-anak dalam pelajaran,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut A Aida, Aleesa bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana Irritable Bowel Diseases (IBD) Gastroenterologist di Fakulti Perubatan, HUKM.

Foto: Harian Metro

Anak keduanya, Wan Eva Natassha, 20, pula dididik untuk menjadi akauntan dan anak ketiga, Muhammad Rahul, 13, menjadi peguam.

Wan Az Aleesa dan Wan Eva Natassha adalah anak hasil perkahwinan dengan penyanyi, Ameng, manakala Rahul pula menerusi perkahwinan ketiga dengan pegawai polis. -CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Harian Metro via Cari

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri