“Kau Duta Solat Jumaat Ke?” Aliff Satar Masuk TV lagi Live Solat Jumaat.

haaaaa, mum sent me this.. nampak macam nak ‘landing’ kan? takkk.. ni muka dok mendengar. salam jumaat gais!!

Memang menjadi kewajipan kaum lelaki untuk menunaikan solat Jumaat. Disitulah tempat mereka berkumpul seminggu sekali bagi mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.

Tidak terkecuali selebriti serba boleh Alif Satar, sebelum ini wajahnya sering kelihatan menerusi saluran televisyen RTM1 ketika mengerjakan solat berkenaan yang disiarkan secara langsung.

Setelah beberapa bulan tidak muncul, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu kembali lagi dengan berkongsi sebuah video yang dirakam oleh ibunya ketika melakukan solat Jumaat sebentar tadi.

“Haaaaa mum sent me this.. Nampak macam nak ‘landing’ kan? Takkk.. Ni muka dok mendengar. Salam jumaat gais!!! ,” tulis selebriti berusia 29 tahun itu.

Rakaman video berdurasi 13 saat berkenaan menimbulkan kelucuan netizen dimana rata-rata cuba mengusik walaupun dia mengakui sedang khusyuk mendengar khutbah.

Memang bayar jurukamera tu ke apa?

Tengah fikir nak makan apa ke?

Jurukamera memang cari you ke masa khutbah?

Alhamdulillah.. Semoga dirahmati!

Nak tertidur ke tu?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.