Pernah Popular Serta Dikenali, Ini Keadaan Terkini Penyanyi Shima Buat Rmai Mendoakan Beliau

Pernah Popular Serta Dikenali, Ini Keadaan Terkini Penyanyi Shima Buat Rmai Mendoakan Beliau

Kuala Lumpur – Suatu ketika dulu penyanyi p.opular era 80an dengan lagu Teringin, Shima pernah hidup mewah dan mempunyai ramai peminat.

Namun kini dia harus reda menerima ketentuan takdir apabila diuji dengan pelbagai d.ugaan hidup.

Sekadar info, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman atau lebih dikenali dengan Shima merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau dikenali dengan menyampaikan lagu rock yang bernada tinggi sangat memukau peminat muzik rock tanahair suatu masa dahulu.

Antara lagu-lagu popularnya ialah Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki, Teringin dan Aku Tetap Aku, yang kesemuanya menaikkan nama Shima sebagai antara penyanyi yang p.opular pada era 90an, sezaman dengan Ziana Zain, Amy Mastura, Ning Baizura, Nora dan Fauziah Latiff.

Saya Dah Rasa Semua

Tidak lagi aktif dalam dunia seni dan menerima tawaran persembahan, Shima atau nama penuhnya Ku Nazatul Shima Ku Kamaruzzaman mengakui dia mengalami s.akit belakang.

Keadaan kesihatan yang tidak menentu mengehadkan pergerakan dan kemampuannya untuk bekerja.

Dalam perkongsian menerusi temu bual tidak lama dulu, disebabkan kurang tawaran menyanyi dan keadaan Shima yang menderita slipdisc, isteri Abdullah Rusli ini membuka warung makan Teringin di perkarangan rumahnya untuk menampung hidup.

Walau keuntungan yang diterima tidak semewah mana, namun ia sekurang-kurangnya membantu perbelanjaan mereka suami isteri di samping keperluan u.bat-u.batannya setiap bulan.

Saya dah rasa dunia g.lamor ini cukuplah. Dah rasa semua. Kita ni macam roda ada masa di atas, ada masa di bawah dan jatuh terduduk. Kena kuat, bangun dan berusaha.

Alhamdulillah, suami banyak beri sokongan juga dari keluarga dan ibu. Tidak kira sesiapa pun walau bukan artis misalnya suri rumah tangga, kena kuat dan bangun. InshaAllah rezeki tak akan salah alamat.

Bagaimanapun pada pertengahan 2019, dia menerima perkhabaran yang meruntun jiwanya apabila tergolong sebagai asnaf. Pun begitu, Shima akur menerima kenyataan.

“Memang saya dijulang dan undangan persembahan pula tak p.utus diterima. Tapi sekarang saya terima hakikat sedang susah. Tak perlu saya e.go nak menafikan perkara ini kerana ia ujian Allah.

Saya tak pernah minta apa-apa daripada masyarakat. Tapi peluang tak diberikan untuk mencari rezeki. Malah persembahan yang bayar mudah pun saya pergi.

Rentetan s.akit belakang dan s.akit saraf yang dialami, Shima turut dilaporkan mengalami lemah pundik.encing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi m.asalah itu.

“Makin lama kehidupan makin sukar kerana m.asalah s.akit belakang semakin serius membuatkan saya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.”

Ekoran itu dia telah dimaklumkan pegawai Lembaga Zakat Selangor bahawa dirinya termasuk dalam golongan a.snaf.

“Gugur j.antung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan a.snaf. Tak dinafikan hiba juga mendengarnya tapi apa nak buat kerana ini kenyataan yang perlu saya terima.”

Semoga ada pihak terbuka hati membantu dan menghulurkan sumbangan kepada Shima juga harap agar kesihatan Shima segera sembuh.

Kredit : NN/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.