Kebaikan apa yang kau buat bang sampai hari ini kubvr kau masih ramai datang melawat – Ali Putet

Pemergian insan seni bernama Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey secara tiba-tiba pada hari Isnin tanggal 10 Februari 2020 yang lalu mengejvutkan ramai pihak dan masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Ternyata ramai yang terkesan dengan pemergiannya bukan sahaja ahli keluarga malah insan yang mengenalinya turut berkongsi kisah kebaikan arwh sebagai pedoman dan iktibar kepada yang masih hidup.

Menerusi akaun instagram , Ali Puteh telah berkongsi satu kejadian yang berlaku pada hari ini. Menurut Ali walaupun arwh Abam telah pergi dua hari yang lepas namun sehingga hari ini masih ramai yang datang melawat pusara abangnya.

“Kebaikan ape yg kau buat banggg…Aku tak kuatt banggg…Aku rindu kauuu…sampai harini kubvr kau msih ramai YG dtg melawat banggg”

SubhanaAllah, Mungkin itu adalah salIah satu hikmah selain terbukti amalan yang baik dilakukan oleh Abam semasa hayatnya hingga sekarang tidak putus-putus orang datang melawat ke pusara dan menyebut tentang kebaikannya.

“Kebaikan yg disembunyikan.. Tp diketahui selepas ketiadaannya dgn izin Allah.. “

“Subhanaallah..indahnya saat pemergian mu..al fatihah utk mu..”

Bila kita sering membuat kebaikan saat kita hidup di muka bumi ini, pemergiaan kita pasti akan beri impak pada orang sekeliling dan cara kita pergi juga pasti dalam keadaan baik juga. Begitulah yang terjadi sekarang ini apabila ramai mencemburui pemergian Abam. Berdasarkan kisah yang diceritakan insan berikut ternyata arwh amat disayangi dan mempunyai sikap yang patut dicontohi.

Apa yang Abam dah buat?

Seorang pengguna twitter, Adnin Roslan telah berkongsi kebaikan yang dilihat dengan mata kasar yang dilakukan oleh Abam sepanjang hidupnya sehingga ribuan manusia termasuk rakan artis hadir.

Lihat sajalah ramai yang hadir dalam sesi solat jenzh Allahyarham seperti solat jumaat. Bahagian dalam dan luar masjid penuh sesak. Pastinya ramai orang mendoakan untuk keampunan untuknya.

Pasti kita juga terfikir-fikir, mengapa boleh seramai itu? Adnin Roslan membongkarkan kebaikan allahyarham. Antara kebaikan rakan dan keluarganya kongsikan serta kebaikan yang tak sengaja kita boleh lihat sendiri adalah….

Abam banyak bersedekah…

Menurut satu posting menerusi Instagram Ustaz Ebit Lew, Allahyarham pernah bekongsi kisah hidupnya bila di belakang pentas ketika menghadiri satu majlis agama.

Lihatlah perkongsian dialog ringkas antara arwah dan Ustaz Ebit Lew.

Tak cukup dengan itu, menurut luahan dari ibunya, arwh juga banyak bersedekah pada anak yatim. Sesungguhnya Nabi saw bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi) Semoga berkat sedekah beliau, Allah mengampuni semua dosa beliau dan meninggikan darjat beliau!

Rajin menghadiri majlis ilmu…

Nabi SAW bersabda: “Tidaklah duduk suatu kaum (dalam satu majlis), kemudian mereka berzikir kepada Allah SWT dalam duduknya hingga mereka berdiri melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka:

“Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.” (HR.Ath-Thabrani).

Bermakna, ganjaran bagi orang yang menghadiri majlis ilmu ialah Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya.

Menjaga ibunya…

Ketika ibunya sakit, Allahyarham tak pernah jemu menjaga ibunya bahkan, beliau berniat untuk membawa ibunya pergi umrah, MasyaAllah! Anda sendiri tahu betapa besarnya pahala dan ganjaran menjaga ibu yang sakit, dan menjadi anak yang berbakti pada ibu bapa?

Menjaga solat 5 waktu

Dalam satu temu bual bersama isterinya, Nor Hidayah memberitahu dirinya sedar akan kem4tian allahya ham ketika dia ingin mengej ut arwh suaminya untuk mendirikan solat subuh. Dekat sini kita boleh nampak bahawa mereka suami isteri amat menjaga solat 5 waktu.

Nabi saw bersabda: “Siapa yang menjaga solat lima waktu, baginya cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat. (HR. Ahmad).

Alhamdulillah , sejuk mendengar kisah kisah kebaikan Allah yarham. Semoga kisah kebaikan Allah yarham dapat dijadikan iktibar dan pedoman kepada kita semua. Semoga roh Allah yarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*