Lepas 8 tahun menjanda, Sasha Saidin pilih duda anak 2 sebagai teman hidup

SELEPAS lapan tahun menjanda, pelakon Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab dengan sekali lafaz di The Sanctuary@Melawati, Kuala Lumpur pada malam, Isnin.

Sasha, 43, dinikahkan oleh adiknya yang juga pelakon Zain Saidin, 36, kira-kira pukul 9.29 malam.

Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin beserta lima berbalas tiga dulang hantaran.

Selain itu Sasha juga menerima wang hantaran berjumlah RM10,000.

Majlis pernikahan itu diadakan secara sederhana dengan dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan media.

Sasha dan Sirhan dinikahkan oleh adiknya, Zain Saidin.

Pada majlis yang penuh bermakna ini kakak kepada pelakon Zain Saidin itu memilih persalinan rekaan Yann Creation By Yani Bakhtiar dan ditata rias oleh Wira Kastrya.

Selepas berkahwin, Sasha akan mengikut suaminya yang juga duda anak dua itu berhijrah ke sebuah negara di Asia Barat.

Sebelum ini, Sasha merahsiakan identiti jejaka pilihan hatinya itu bagi menghormati kehidupan peribadi Sirhan yang tidak biasa dengan dunia hiburan.

Pasangan mempelai bersama anggota kumpulan Elite. 

Sasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di London namun bercerai empat tahun selepas itu.

Kemudian, Sasha berkahwin dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono yang berasal dari Indonesia pada 2007 namun berpisah talak satu pada 10 Julai 2012.

Bekas anggota kumpulan Elite itu mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 11 tahun.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.