“Macam kenal je yang suap tu”, Nabila Razali sambut hari lahir. Sekali peminat perasan sesuatu

“Macam kenal je yang suap tu”, Nabila Razali sambut hari lahir. Sekali peminat perasan sesuatu

Nur Nabila Mohd Razali atau lebih mesra disapa Nabila Razali merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat kelima.

Baru-baru ini, Nabila telah kongsikan satu video di laman sosial tiktoknya dan video tersebut telah menjadi perhatian para peminat apabila mereka perasan seseorang yang turut meraikan hari lahirnya.

https://www.tiktok.com/@nabila.razalii/video/7165145701163322650

Menerusi video tersebut, kejutan hari lahir buat Nabila itu diadakan di lokasi penggambaran dan semua kru turut meraikan ulang tahun Nabila yang ke 30 tahun pada 13 November 2022. Pihak kru membawa sebiji kek yang dihiasi dengan lilin ke arah Nabila dan dia tersenyun bahagia dengan kejutan yang diberikan.

Menjengah keruangan komen, ramai peminat turut mengucapkan selamat hari lahir buat Nabila dan ada juga yang perasan akan susuk badan seseorang turut ada dalam video tersebut yang dipercayai pelakon lelaki yang bernama Aedy Ashraf.

AEDY ASHRAF SAYA BUAT APA KAT SITU HAAAAAAAAA?

happy birthday kak bella

aa aedy ashraf ke..da hujung baru perasan

Peminat turut bertanya-tanya adakah penampilan mereka berdua di satu tempat akan ada lagu baharu yang bakal dikeluarkan.

Dia nak keluar lagu cumi cumi 2.0 ke

ada lagu baruuuuu niiii. korang lupa ke kita satu malaysia kena prank suatu ketika dahulu?!

Pihak kami mengucapkan selamat hari lahir buat Nabila Razali. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Sedikit info biodata, Profail dan Latar Belakang Nabila Razali 

Nur Nabila Mohd Razali (lahir 13 November 1992) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat kelima.

Beliau terkenal dengan lagu “Katakan Saja” dan “Cemburu” yang mendapat sambutan, namun lebih dikenali menerusi lagu “Pematah Hati”, juga mendapat sambutan positif, sekaligus menjadi penanda aras bagi kerjaya muziknya.

Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama televisyen dan telefilem. Antara kredit lakonan beliau ialah Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2017), Pesan Pada Hati (2019) dan Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020).

Sumber: Murai & mykmu