Masha Allah…cantik nya kak farah berhijab

Sebut sahaja nama Farahdhiya pasti ramai yang akan teringatkan lagu hits nya “bertakhta dihati” yang banyak membantu namanya naik sewaktu di awal kemunculannya dipentas industri tanah air negara.

Sedikit bioadata beliau nama penuh Farahdiya ialah Farahdhiya binti Mohd Amin. Beliau dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan berketurunan kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berasal dari Portsmouth, England manakala ayahnya berasal dari Johor. Selain bernyanyi, Farahdhiya merupakan pelakon dan juga banyak mengacarakan program-program kewanitaan yang bergiat di dalam dunia hiburan Malaysia.

Pada 9 Januari lalu, Farah dikejtkn dengan kehilangan ayahnya, Mohd Amin Zubir, 68,yang mennggal dunia disebabkan masalh pernafasan. Farahdhiya berkata, ayah selalu menjadi ‘teman borak’ di mana mereka akan bercerita mengenai pelbagai perkara. Farahdhiya mengaku dia dan ayah tidak pernah berenggang.

“Sebenarnya, sukar untuk saya menerima takdir tertulis ini. Namun, saya reda. Saya berdoa agar Tuhan permudahkan segala-galanya untuk saya teruskan hidup ini tanpa ayah.

Menerusi perkongsian terbaru di instagram, Faradhiya mengaku masih lagi belajar untuk membiasakan diri hidup tanpa seorang ayah. Perkara tersebut diluahkan menerusi laman Instagram dengan memuat naik sekeping gambar dirinya yang kelihatan tampil memakai hijab.

Alhamdulillah hari hari dapat melawat rumah baru Dada.Your new home is my happiest and favourite place to be everyday Dada. Makin ramai kawan kawan baru Dada teman Dada.

“Farah masih lagi belajar utk membiasakan diri hidup tanpa seorang Dada,Farah tgh belajar mcm mane mengikhlaskan sebuah kepergian walaupon I know I will never recover from the pain of losing u,someone that means the world to me,someone so important to me.”

May Allah look after u Dada,knowing that He will makes me happy. May Allah grant u the highest rank in his paradise. I love you Dada.Al-Fatihah  09/01/2020

Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan berharap agar bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Semoga diberikan kekuatan

Sentiasa melakukan amalan untuk awh

Namun rata-rata netizen tertarik dengan penampilan Farahdhiya yang manis bertudung selain mendoakan supaya wanita tersebut kekal istiqamah dalam menutup aurat.

sis doakan semoga istiqomah..

Sejuknya mata memandang. Semoga dibukakan hati untuk kekal berhijab

Manisnya bertudung. Moga istiqomah ya.

Sumber: IG Farahdhiya

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.