Mengaku tak tahu isi minyak kereta, lntan Najuwa digelar, ‘Cantik tapi bangang’?

Sejak menjadi pelakon utama dalam drama Kekasih Paksa Rela dan bergandingan dengan Remy Ishak, nama Intan Najuwa dilihat semakin popular dalam industri hiburan.

Bergiat aktif dalam penulisan blog, gadis kecil molek itu juga dilihat sering berkongsi foto dan video buat tatapan para peminat khususnya di laman Instagram.

Terbaru, pelakon drama bersiri Kenyalang I’m In Love itu dilihat telah memuat naik sebuah video yang mana dia mengakui tidak tahu bagaimana cara untuk mengisi minyak kereta memandangkan pembantu peribadinya juga dikatakan telah mengambil cuti.

Video itu mula tular di laman Twitter setelah dimuat naik semula oleh salah sebuah portal hiburan dan rata-rata, ramai warga Twitter yang mengecam serta meninggalkan komen pada video tersebut.

Cantik tapi bangang, sis

 

Beauty without brain hurm…

 

Apa function hidup?

 

Kejap weyh, aku cantum otak dia

 

Angkat bakul je ni, masak reti tak?

 

Pergi stesen minyak, mintak je tolong orang kat situ. Tak perlu buat video!

 

Lah korang ni, dia mengaku tak reti isi minyak je, kenapa nak marah?

 

Sebaliknya, terdapat juga segelintir warga Twitter yang berpendapat pelakon berusia 21 tahun itu hanyalah bergurau dan ada juga yang berpendapat dia hanya membuat video tersebut untuk mendapatkan perhatian daripada orang ramai.

Sumber : Twitter Rotikaya via  ohmymedia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.