“Mengalir Air Mata Tengok Pertemuan Mereka”

KEHILANGAN ahli kumpulan Bocey, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, amat dirasai semua orang terutama teman rapatnya, Fad.

Fad akui dia masih belum percaya dengan berita pemergian Abam yang mennggal dunia dipercayai akibat demm panas.

“Aku masih lemah untuk terima semua ini, macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau kau tapi aku tau aku kena reda,” tulisnya di Instagram Stories.

“Insya-Allah esok aku ziarah kau ye. Assalamualaikum, al-fatihah Syed Umar Mokhtar,” coretnya di sebuah entri.

Pada pukul 1 pagi tadi Fad telah selamat tiba di Kuala Lumpur dan kepulangannya telah disambut oleh rakan baiknya, Achey. Jika sebelum ini pertemuan mereka penuh lawak jenaka, gelak tawa tapi kali ini pertemuan antara mereka mengundang rasa sebak, ditambah pula Achey turut membawa baju kepunyaan arwh Abam. Jelas mereka berdua tidak dapat menahan rasa sebak yang terbuku.

Hanya Allah yang mengetahui betapa pilunya hati kedua sahabat ini kehilangan Abam. Umpama patahnya sebuah sayap dan lenyapnya separuh nyawa Bocey. Air mata mereka sudah cukup membuktikan semangat setia kawan dan sahabat sejati.

Fad juga terus ke rumah ibu arwh Abam di Gombak untuk bertemu dengan ahli keluarga arwh.

 

Netizen yang melihat video ini pun turut melahirkan rasa sedih,

“terasa lg kehilangan arwah abam.wlupun xpernah bersua..entahla terlalu terkesan pemergian arwh. Mgkin insan terpilih. Moga Allah kurniakn syurga buatnya..aamiin”

“Allahuakhbar.. sahabat sejati semoga arwh ditempatkan dikalangan org2 yg beriman aamiin..”

“Sedihh la plk…allahuakbar..ramainya sayang kan kau abam..tp Allah lg sayangkan kau..moga kau berada disisi org yg beriman abam..alfatihah”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.