“Saya Pula Nak Nangis Tengok Video…,” – Neelofa Hadiahkan 10 Helai Tudung, Kagum Semangat Kuat Elyana!

Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa kagumi semangat yang ditunjukkan penyanyi, Elyana yang kini diuji dengan k4nser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

Reaksi tersebut diberikan Neelofa menerusi Insta Story selepas menghadiahkan 10 helai tudung pelbagai warna Naelofar buat penyanyi Kalis Rindu itu, hari ini.

Neelofa pada masa sama turut berdoa semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Elyana.

“MasyaAllah, saya pulak nak nang!s tengok video ni. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam Kes4kitan. Moga Allah kurniakan kesembuhan utk awak,” tulis Neelofa.

Elyana menerusi satu hantaran di Instagram memuat naik video berdurasi kurang 2 minit itu merakamkan helaian tudung yang dihadiahkan Neelofa kepadanya.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

 

“Thank you atas hadiah yang sangat menggembirakan ini. Baru habis buat Radiot3rapi terus dapat hadiah. Alhamdulillah,” tulis Elyana pada ruangan kapsyen.

Sementara itu menerusi sesi ‘live’, Elyana menjelaskan pengurus kepada usahawan tersebut menghubunginya lalu menghantar bingkisan tersebut ke h0spital.

“Banyak dia bagi. 10 helai, macam-macam warna ada. Semoga murah rezeki, ameen,” katanya.

Semalam, Elyana turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahterannya.

Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan k4nser yang dihidapi telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti r4him, hati dan pangkal paha.

Elyana membuat pended4han mengenai peny4kit yang dihadapi selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut