Peguam Nyatakan Tiada undang-undang Boleh D4kwa Sajat Kerana Bertelekung Semasa Tunai Umrah

Tidak ada peruntukan dalam undang-undang syariah di negara ini yang membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap ahli perniagaan kontrov3rsi Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat, berhubung tindakannya mengenakan telekung seperti wanita semasa menunaikan umrah.

Peguam syariah Nizam Bashir berkata, undang-undang syariah adalah terbatas dan tertakluk di bawah bidang kuasa tempatan sesebuah negeri sahaja, justeru tidak ada asas untuk tindakan diambil terhadap Sajat yang bertelekung di Arab Saudi.

“Undang-undang syariah terbatas di bawah negeri, jadi isu untuk mengambil tindakan adalah di luar bidang kuasa tempatan negeri. Saya rasa tidak ada asas untuk tindakan diambil menerusi undang-undang syariah negara ini.

“Perlembagaan persekutuan menetapkan bahawa bidang kuasa berkaitan agama Islam terhad kepada negeri masing-masing. Kalau jen4yah berkenaan dilakukan dalam bidang kuasa tempatan sesebuah negeri, maka barulah tindakan boleh diambil,” katanya memetik laporan akhbar tempatan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusuf Rawa dalam kenyataan berkata, tindakan Sajat itu menimbulkan kontroversii dan secara tidak langsung memalukan imej Islam.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap Sajat atas perbuatannya melalui peruntukan undang-undang sedia ada dalam negara supaya perbuatan itu tidak berulang bagi menjaga kesucian agama Islam dan nama baik negara, selain hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi.

Sajat yang menjalankan perniagaan produk kecantikan wanita, mencetuskan kontroversii selepas memuat naik video beliau bertelekung ketika menunaikan umrah di Mekah.

Beliau dilaporkan berpakaian lelaki ketika menaiki pesawat dari Malaysia, tetapi bertelekung selepas tiba di sana.

Nizam berkata, dalam kontroversi yang berlaku melibatkan ahli perniagaan itu, tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan tindakan menghukvm semata-mata, sebaliknya percaya langkah menasihati dan memperingatkan perlu diberikan.

Sementara itu, peguam Shaharudin Ali berkata, berdasarkan perlembagaan persekutuan Sajat tidak boleh dipersalahkan atas perbuatannya di luar negara.

Menurutnya, sesuatu perbuatan salah laku hanya boleh dihukum jika ia bertentangan dengan undang-undang jenayah di Malaysia.

“Hanya beberapa kesalahan tertentu sahaja di bawah Seksyen 6 dan 6A Kanun Keseksaan yang jika dilakukan di luar Malaysia boleh did4kwa iaitu kesalahan yang dipanggil “extra territorial offences” iaitu kesalahan terhadap negara dan terorisme.

“Sajat tidak melakukan apa-apa kesalahan keganasan mahupun kesalahan berper4ng terhadap Yang Di Pertuan Agong. Beliau juga tidak melakukan apa-apa kesalahan yang bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1948 atau keselamatan negara,” katanya.

Menurut beliau lagi, di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1948, pendakwaan boleh dilakukan di dalam negara sekiranya pelaku melakukan kesalahan bertentangan dengan akta-akta berkenaan walau di mana sahaja mereka berada dan diperakui oleh peguam negara bahawa kesalahan itu menyentuh keselamatan negara.

Mengulas laporan bahawa Sajat akan disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Seksyen 4 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Shaharudin berkata, seseorang boleh dikenakan tuduhan di bawah akta ini dengan syarat mereka diberi lessen di bawahnya atau memberi kemudahan atau perkhidmatan rangkaian berkaitan.

“Sajat bukanlah seorang yang berlesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tiada kena mengena dengan aktiviti memberi perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.