[VIDEO] Jumpa Akhyar Rashid Siap Diberi Makanan, Peminat ‘Cembvru’ Dengan Wanita Ini

Nama pemain bola sepak, Akhyar Rashid atau nama penuhnya, Muhammad Akhyar Abdul Rashid merupakan antara pemain professional yang mana dia sudah tidak asing lagi buat pengemar bola sepak.

Akhyar Rashid yang dilahirkan di Kedah ini juga antara pemain bola sepak yang sering mendapat perhatian peminat dan netizen wanita juga meminatinya.

Jadi apabila melihat seorang wanita memuat naik satu rakaman video memaparkan pemain bola sepak tersebut mengundang rasa cemburu peminat terhadapnya.

Hantaran seorang pengguna aplikasi TikTok menunjukkan bagaimana dia bertemu dengan Akhyar Rashid dalam sebuah kapal terbang.

Namun begitu, dia sebenarnya ingin berterima kasih kerana pemain bola sepak itu memberikan makanan kepada dirinya dan sempat merakam jejaka berusia 22 tahun itu.

@clumsydaisy1o1

oof bukan selalu #akhyarrashid #foryoupage #myfoodie

♬ Never Forget You – Noisettes

Bagi kebanyakan wanita, dapat berjumpa dengan pemain bola sepak pasti sesuatu yang sangat mengembirakan kerana bukan selalu dapat berjumpa dengan mereka.

Jadi apabila wanita tersebut bertuah dapat bertemu dengan Akhyar Rashid mengundang hantaran video darinya itu menerima pelbagai reaksi wargamaya yang ditinggalkan di ruangan komen melalui hantaran video tersebut sehingga turut mendapat ribuan tanda suka.

“Saya iri saya bilang”

“Bestnya”

“Saya iri saya bilang lalu saya iri dan saya bilang lagi”

Sumber : TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HCL