‘Ampunkan Saya Kalau Pernah Terkasar Bahasa’ – Aishah Mohon Doa Ramai, Risau Jika Ditidurkan

” Ampunkan d0sa-d0sa saya sekiranya pernah terkasar bahasa dan sebagainya,”

Demikian perkongsian penyanyi Aishah di Instagram (IG) beliau yang menyentuh hati peminat dan rakan-rakan dalam industri hiburan.

Difahamkan kekuatan mental Aishah yang disahkan positi.f  COVlD-I9, Ahad lalu, terganggu apabila paras 0ksigen turun mendadak, pagi tadi dan melihat seorang pesak1t di hadapan katil, dibawa ke unit rwatan rapi (lCU) untuk ditidurkan.

Meluahkan kebimbangan menerusi entri IG, Aishah atau nama penuh, Wan Aishah Wan Ariffin, 56, yang dirawat di Hspital Ampang, Selangor, berharap dirinya tidak menerima nasib seperti itu.

” Ya Allah, mental tak kuat hari ini apabila pesak1t di hadapan saya dibawa naik untuk ditidurkan.

” Pagi tadi paras 0ksigen saya pada kadar 98 peratus dan mereka (kakitangan hospital) cuba hendak buka.

” Teman-teman, tolong doakan saya supaya tidak menjalani prosedur seperti itu (intubasi),” luahnya.

Melalui perkongsian itu, penyanyi yang popular dengan lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah ini mengaku tidak bersedia berdepan situasi membabitkan antara hidup dengan m4ti seperti itu.

” Saya takut… Saya masih ada banyak tanggungjawab kepada keluarga, anak-anak dan hal lain yang masih belum diselesaikan.

” Sangat mengharapkan doa kawan-kawan supaya saya tidak melalui prosedur itu.

” Ampunkan d0sa-d0sa saya sekiranya pernah terkasar bahasa dan sebagainya,” pinta Aishah.

Luahan penyanyi bervokal mantap itu mengundang rasa sayu dalam kalangan pengikut dan peminat termasuk rakan selebriti seperti Datuk Nora Ariffin, Sharifah Shahirah, Nourul Depp, Zur Eda dan Ahmad Fedtri Yahya.

Rata-rata mereka memberi kata-kata semangat dan mendoakan semoga Aishah terus diberi kekuatan berdepan ujian itu dan segera sembuh.

Aishah disahkan positi.f COVlD-I9 Ahad lalu selepas melakukan prosedur Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta berikutan menunjukkan gejala dem4m pnas dan s3mput.

Aishah kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang menggunakan ambulans disebabkan paras 0ksigen yang tidak stabil selain status sebagai penghdap asma.

” Saya memang sudah ada pnyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti dem4m pnas dan semput.

” Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” katanya sebelum ini.

Terdahulu, Aishah menerusi Instagram berkongsi pengalaman mencemaskan apabila dia dibawa ke hospital menaiki ambulans selepas beberapa jam disahkan positi.f  COVlD-I9.

” Adventure naik ambulans dengan siren ke Hospital Ampang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Kelmarin, penyanyi bervokal mantap itu menunjukkan perkembangan positi.f  selepas diberi bantuan 0ksigen dan antibiotik.

Kenali Aishah

Dilahirkan pada 3 Januari 1965, Aishah memulakan kerjaya awalnya dalam bidang muzik bersama kumpulan Fan Clun dari New Zealand sehingga dikenali seluruh dunia sebelum meneruskan kerjaya solo di tanahairnya.

Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu “Don’t Make Me Fall Alone” pada tahun 1990.

Setelah beliau tidak lagi bersama Fan Club, Aishah pulang ke Malaysia dan meneruskan kerjaya muzik solo sekaligus dikenali sebagai salah seorang lagenda pop negara dengan deretan lagu-lagu hits dan album terlaris.

Pada tahun 2011, beliau terjun ke dunia politik bersama parti pilihannya, PAS dan bertanding untuk kerusi Parlimen di Jempol pada Pilihan raya umum Malaysia 2013.

Selain berbakat dalam dunia tarik suara, Aishah juga dikenali kerana kemahirannya dalam membuat kraftangan. Beliau sering terlibat dalam ekspo kraftangan dan pernah membuka perniagaan berkaitan kraftangan.

Dari segi kehidupan peribadi pula Aishah sememangnya dikenali kerana prinsip tidak berkongsi ceritanya.

Menerusi dua perkahwinan pertamanya, Aishah dikurniaakan dua orang cahaya mata iaitu Armand Azhari (lahir 1993, dari perkahwinan pertama yang dirahsiakan), dan Azhad Ahlami (lahir 1998 dari perkahwinan kedua yang berakhir pada 2005 setelah berpisah selama beberapa tahun).

Sumber:bharian