Perempuan bila terbatal wuduk. Dia punya marah cam rimau – Aeril Zafrel

Pasangan Aeiril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan pasangan yang selalu menarik perhatian ramai. Mereka seringkali berkongsi gambar dan video mereka di ruangan IG masing-masing yang pasti akan membuat ramai terhibur dan cemburu dengan kemesraan mereka sekeluarga. Tidak hairanlah ramai yang menggelar mereka antara pasangan paling romantik di Malaysia.

Menerusi video terbaru yang Aeril kongsikan dalam akaun instagramnya, kelihatan dia sedang mengusik anak-anaknya Hayla dan Attar. Tapi yang kelakarnya dia turut mencvbit dan mengusik isterinya Wawa yang ketika itu baru memakai telekung dan dalam keadaan mempunyai wudhuk.

Biasanya pasti nampak sisi seorang Wawa Zainal yang lemah-lembut dan sopan-sontun kan? Harini dapat juga tengok muka Wawa betul-betul marah macam mana ya.

“Perempuan bila terbatal wuduk. Dia punya marah cam rimau”-Aeril Zafrel

Lihat video di bawah:

 

Perkongsian video yang dimuat naik oleh Aeril Zafrel turut mendapat komen balas dari para peminatnya. Pelbagai komen lucu yang telah diberikan oleh para peminat dan netizen. Terhibur bila baca komen-komen lucu tersebut.

“Hahaha..terus bertukar jd raksasa si wawa….mmg hangin la dibuatnye”

“Nak tengkk wawa jadi hulk lah tu haahha”

“Haha SIAN DAH PAKAI TELEKUNG KOT”

“kelakar + comel laa awakk awakk smua niee”

M4rah mar4h sayang tu hahahaha cuba bagi hadiah chevrolet bumblebee warna kuning sebiji ..confirm boleh tarik pii sampai labuh hahaha

Namun ada juga netizen yang menegur kenapa Wawa pakai make up masa solat.

Perkara telah diterangkan oleh Wawa sendiri di ruangan komen video tersebut dengan mengatakan itu hanyalah filter semata-mata dan bukan hanyalah makeup.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.