Video: Terjadi Sesuatu yg Mengejutkan di FB Astr0 Slps Pr0gram AllTogetherNowMalaysia Ditayangkan

Pengacara p.opular, Sherry Alhadad mengakui teruja apabila diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program All Together Now Malaysia (ATNMY).

Ia diadaptasi daripada program realiti terbitan BBC One, United Kingdom (UK).

Lebih menarik, Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menghasilkan versi tempatan program realiti itu.

Dan menjadi kebanggan apabila menjadi negara ke-17 dunia menganjurkannya.

Bersyukur dirinya terus diberi peluang, Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad berkata, tugasan kali ini dianggap bukan mudah.

Apatah lagi dia perlu mengacarakan program itu seorang diri.

Macam Kenal je Kan..

“Pada mulanya ketika syarikat produksi memaklumkan saya akan mengacarakan program ini bersendirian, saya jadi gugup.

Selama ini, saya tahu ada pasangan yang boleh menolong kita apabila tersasul atau tersalah cakap.

“Tapi, kali ini kalau saya tersalah cakap, saya kena ‘back up’ diri sendiri.

Namun, kehadiran kira-kira 50 artis yang menjadi juri tetap termasuk kapten juri iaitu Datuk AC Mizal dalam ATNMY memberi saya semangat dan membuatkan jadi lebih seronok.

“Kalau tersilap, saya ada ‘back up’ besar atas pentas kerana ada 49 lagi artis yang membantu.

Apapun jangan kata peserta g.ugup menghadap 50 juri, saya yang buat kali pertama melakukannya pun gugup juga,” katanya.

Tambah Sherry, antara cabaran besar yang perlu dihadapinya sepanjang penggambaran program terbabit adalah mengendalikan 50 artis dalam satu masa.

“Cukup mencabar untuk mengawal dan menguruskan puluhan artis dalam satu masa.

Tambahan pula, setiap sele.briti ada pandangan tersendiri. Bayangkan apabila semua juri mahu bercakap serentak, jadi saya perlu naik dan turun tangga untuk pergi kepada mereka.

“Kadang-kadang saya terpaksa menj.erit menyuruh mereka diam,” katanya.

ATNMY adalah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada rakyat Malaysia tanpa had umur.

Program ini mencetuskan fenomena luar biasa dan sudah diterbitkan oleh banyak negara seperti Australia, Russia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland dan Perancis.

Antara juri terbabit adalah Syamel, Ernie Zakri, Mark Adam, Noryn Aziz, Erra Fazira, Tuju, Siti Nordiana, Zizan Razak, Khai Bahar dan Zizi Kirana.

Dalam masa sama, Sherry ingin berterima kasih kepada produksi kerana sentiasa memastikan setiap selebriti menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang penggambaran.

“Pihak produksi mempunyai pasukan yang khusus untuk menjaga S0P.

Jadi, setiap selebriti perlu mematuhi sepanjang penggambaran berlangsung.

Bagi saya, kawalan ketat yang ditetapkan adalah langkah baharu yang perlu dipatuhi semua memandangkan w.abak C0vid 19 ini kita tak nampak.

Tapi, syukur proses penggambaran berjalan lancar,” katanya.

ATNMY yang dirakam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu disiarkan setiap Ahad jam 9 malam, mulai 6 Jun ini.

Astro Tampil Jelaskan

Rakaman program ‘All Together Now Malaysia’ Musim 1 ini telah dibuat awal sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Semua garis panduan S0P yang dikeluarkan oleh pihak MKN & KKM telah dip.atuhi.

Kredit : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!