Puteri Balqis Buat Video Cakap Gaya British, Kini Kembali Aktif Berlakon

Seronok menonton video yang dimuat naik oleh Puteri Balqish di Instagramnya. Apatah lagi video tersebut memaparkan dia seolah-olah mengacara dalam bahasa Inggeris gaya British.

Ketika dihubungi Gempak, Puteri Balqis atau panggilan manjanya Aqish kedengaran ceria.

Menurut Aqish, dia belajar Bahasa Inggeris dengan gaya British melalui YouTube. Malah, ada juga tutor yang turut datang ke rumah untuk mengajarnya.

“Sebenarnya sudah lama Aqish belajar menguasai loghat British English tetapi tidak secara formal. Cuma sejak enam bulan lalu, Mummy ambil tutor untuk Aqish menguasai dengan lebih lancar.

Di YouTube Aqish selalu menonton ‘Papa Learn English’ untuk menguasai slang Inggerisnya.

“Aqish memang suka dengan slang British sebab bunyinya elegan dan sofistikated. Tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk, video yang Aqish buat sekadar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari.

Menyentuh tentang kesihatan pula, Aqish memberitahu ianya semakin baik tetapi perlu meneruskan rawatan untuk pulih sepenuhnya.

Bertanya mengapa dia memakai kaca mata ketika membuat video tersebut, Aqish memberitahu masalah hati yang dihadapinya turut mempengaruhi sedikit penglihatannya.

“Suatu malam tu, Aqish nak tengok bulan tapi tak berapa nampak. Jadi Mummy bawa Aqish jumpa doktor. Selepas pemeriksaan lanjut, doktor sarankan Aqish pakai cermin mata untuk melihat lebih jelas.

Bertanya lanjut tentang perkembangan lakonan selepas agak lama menyepikan diri, Aqish kedengaran teruja.

Menurut Aqish, dia akan terlibat dengan sebuah filem seram bertajuk ‘Rumah’ bersama Erra Fazira yang akan memulakan penggambaran penghujung bulan Januari ini.

Sumber : gempak

Jom Lihat Video :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.