“Rasanya dia kena berubat kampung, lain nampaknya tu” Dato’ Hattan Dakwa Mungkin Puteri Balqis Hidap Penyakit Mistik, Patut Berubat Cara Kampung

Selepas muncul dalam program TV3 Bersamamu baru-baru ini, pelakon cilik terkenal Puteri Balqis menjadi tumpuan apabila namanya yang melonjak naik tak lama dahulu tiba-tiba merundum secara drastik akibat penyakit yang dialami.

Terpanggil dengan kisah yang menyentuh hati rakyat Malaysia terhadap penggiat seni muda ini, penyanyi lagenda Dato’ Hattan juga menzahirkan rasa simpati melihat nasib pelakon cilik ini.

Daripada perkongsian Harry Aziz, seruannya melalui status Facebook itu menjadi jadi pertikaian netizen terhadap kredibiliti Kesatuan Seniman yang dikatakan tidak melakukan apa-apa terhadap nasib Puteri Balqis.

Harap kesatuan seniman boleh bantu

Banyak seniman bantu …jangan tuduh bukan bukan tak baik…”- Dato Hattan

Disebabkan itu, Dato’ Hattan ada memberikan komen untuk menyangkal dakwaan netizen yang mengecam organisasi tersebut.

Tambah Dato’ Hattan lagi, beliau ada berbual dengan presiden Zed Zaidi berkenaan dengan hal ini. katanya lagi penyakit Puteri Balqis ini lain macam dan memerlukan rawatan kampung. Ini kerana doktor mengatakan penyakit yang dialami oleh Balqis ini bukan penyakit knser.

Hidap penyakit mistik?

Dalam pada itu, Dato’ Hattan juga ada muat naik satu status menyeru agar pihak-pihak produksi yang terlibat untuk membuka ruang kepada pelakon ini bagi menjana pendapatannya.

Selain tersentuh melihat nasib Puteri Balqis, Dato Hattan juga mohon agar berikan peluang kepada pelakon cilik ini beraksi semula.

Jangan lah pinggirkan dia – Dato’ Hattan

Assallam sahabat sahabat yang diredai Allah…saya sangat tersentuh apabila menonton…bersamamu…diluar jangkaan…

Andaikata ada insan mulia ingin menyalurkan bantuan buat Puteri Balqis, boleh salurkan di nombor akaun 162777190105 Maybank, Norashikin Mohamad Aziz.

 

Sumber: Lobak merah via Facebook Harry Aziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.