“Rujuk? Aku nak muntah” – Ariff Aziz buat muka meloyakan, siap isyarat tangan ‘no, no, no…’

Bekas suami kepada penerbit Datuk A.Aida iaitu Ariff Aziz seakan-akan memberi bayangan enggan merujuk semula dengan isterinya itu setelah mereka bercerai secara baik pada 25 April lalu.

Menerusi Insta Stories di Instagram, Ariff memuat naik teks dan video menggambarkan tidak akan ada sebarang ruang untuk mereka memperbaiki semula hubungan.

“Jap! peluang kedua? kenapa aku rasa nak muntah ni?

“Rujuk? Aku nak muntah,” tulisnya.

Pada Rabu, menerusi laporan mStar, A.Aida turut memberitahu tiada lagi peluang kedua untuk bekas suami jika dia ingin merujuk kembali.

Sementara itu, Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz, 30, berkata adalah lebih baik berdiam diri daripada bercakap buruk mengenai orang lain.

Tinggal kenangan… A.Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018.

“Bercakap benar dan tak cakap buruk tentang orang adalah asas dalam kehidupan… bercakap satu benda buruk tentang orang akan menunjukkan berjuta kali keburukan kita, ingat tu adik-adik!

“Kita mesti hidup dengan asas hidup yang baik… just my 2 cents. Pepatah melayu mengatakan berdiam lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan,” tulisnya di kapsyen pada satu foto terbaharu yang dimuat naik di Instagram.

A. Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 48 dan Ariff Aziz diijabkabulkan dengan dua kali lafaz pada 21 Julai 2018 dalam satu majlis di Hotel Dorsett Grand di Subang Jaya, Selangor.

Mereka bercerai selepas sembilan bulan bersama.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.