Rupanya Ini Sebab Pelakon Rusdy Ramli Lama Tak Muncul Dalam Drama Atau Filem

Rupanya Ini Sebab Pelakon Rusdy Ramli Lama Tak Muncul Dalam Drama Atau Filem

LAMA kita tidak nampak pelakon Rusdi Ramli muncul dalam mana-mana drama atau filem sejak kebelakangan ini.

Rupa-rupanya Rusdi mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan dan kali terakhir menjalani penggambaran drama adalah tiga bulan lalu.

Tidak berkecil hati apabila tiada tawaran kerja, namun aktor ini mengakui bimbang kerana dia tidak mempunyai pendapatan lain selain lakonan.

msg-592864573-9240

“Tak kecil hati tapi cuak tiada kerja. Saya tiada back up, itu masalahnya. Memang betul-betul ini sahaja (pendapatan),” katanya kepada mStar.

Rusdi berkata demikian ketika ditemui di sidang media pra pelancaran filem animasi Tun Teja yang diadakan di Royle Chulan, Damansara pada Rabu.

Ditanya adakah dia lebih selesa mengarah daripada berlakon, Rusdi berkata kedua-duanya menyeronokkan dan mempunyai cabaran tersendiri.

“Ini dua benda yang berbeza. Jadi pengarah pun seronok… berlakon pun seronok. Dua-dua ada cabaran!

“Tapi inilah putaran dia, semua orang akan melalui benda yang sama saya rasa,” katanya lagi.

Berkongsi perkembangan terkini, Rusdi berkata dia ada menerima tawaran lakonan namun ia hanyalah janji mulut semata-mata.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan untuk berlakon dalam drama akan datang.

“Akan datang ada… tapi sekarang ini yang banyak janji mulut… yang tangguh pun banyak juga.

“Masih ada lagi orang panggil saya berlakon… kadang-kadang mereka takut kalau dah mengarah tidak mahu berlakon, kebanyakkan macam itu la.

“Tapi bagusnya mereka akan tanya… masih belakon lagi ke? Saya beritahu masih (berlakon).

Rusdi akui masih lagi terima tawaran lakonan.

“Mungkin sebab persepsi… tapi alhamdulillah kebanyakannya masih bertanya termasuk penerbit juga bertanya kepada saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa dia memilih karya tertentu menyebabkan wajahnya jarang muncul di televisyen.

“Nak eksklusif macam mana di Malaysia ini, lainlah kalau kita banyak buat job international! Kalau setakat drama Melayu ini tak payah nak eksklusif sangatlah,” tambahnya.

Sumber: Awatsyeikh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih