‘Saya tahu dia 5akit sebab tu saya mengalah dalam semua hal, tapi sampai plan buka 4ib, macam tu ke sifat ustazah?’ – Isteri kedua buka mulut

Setelah beberapa hari berdiam diri dari isu yang membabitkan dirinya yang berkahwin dengan suami orang sehingga lelaki bergelar ‘Daie’ itu sanggup menceraikan isteri pertamanya, akhirnya doktor berkenaan tampil bersuara mempertahankan dirinya dari segala tohmahan pihak sebelah sana dan netizen.

Melalui kenyataan yang dimuat naik di Instagramnya, Dr Erin Naqim mengatakan dia kesal dengan tindakan sebelah pihak sana (isteri pertama) yang tidak habis-habis mencari salah orang dengan tujuan mengaibkan.

“Ramai dok bandingkan ustaz @daifarhan dengan ustaz-ustaz lain yang berpoligami, yang berbuat baik pada isteri-isteri mereka. Beruntunglah ustaz-ustaz itu mendapat kerjasama dari semua isteri-isteri. Elok jadinya jaga 4ib sesama sendiri.

“Ini kalau satu pihak je nak bagi elok, pihak yang satu lagi asyik-asyik tak habis-habis mencari salah dan buruk orang, dok korek kisah silam orang nak aibkan orang melalui orang lain, menggunakan orang lain.

“Esok-esok boleh cakap bukan dia yang burukkan, orang lain yang burukkan. Jadi apa-apa nanti, kita jugalah yang jahat. Macam itu ke sifat ustazah yang kononnya solehah? Yang kuat imannya, agamanya? Tetapi bila mai tang hati, habis kelaut jugalah iman dia.

“Memang saya bukan ustazah tetapi saya ada hati dan perasaan sayang sesama manusia. Saya tahu hati dia s4kitt, bukan saya tak kasihan, saya kasihan sebab itulah saya berusaha mengalah dalam semua hal.

“Tetapi kalau sampai mencabar maruah saya, berkomplot sesama geng-geng ustazah yang konon suci tapi dalam diam buruk perangai tengah plan buka aib orang, jadi batu api dalam keluarga, memburukkan keadaan, waduh.

“Sorry beb, I’m not that type of person. You choose wrong opponent,” tulisnya.

Sumber: instagram Dr Erin Naqim/mymediahub

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*