” Saya terbayang saya jadi pengasas, tetapi bekas suami saya hanya pengawal keselamatan. Saya rasa bersalah dekat anak saya.. ” – Bonda Rozita Ibrahim

SEDIA maklum bapa kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Kamaruzaman Kamaludin, 59 telah meniinggal duunia Selasa lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Thomson Hospital, Kota Damansara akibat komplikasi jantung tahap tiga dan paru-paru berair.

Meskipun bukan lagi sebagai suami isteri, ibu Alif Syukri iaitu usahawan, Rozita Ibrahim turut mengakui berasa kehilangan dengan insan yang baik hati itu, namun katanya yang lebih membimbangkannya apabila melihat kedua-dua anaknya dari perkahwinan terdahulu itu ‘down’ dan bagaikan satu tamparan.

“Saya risaukan dengan keadaan anak, Syukri ( Aliff Syukri) dan Yati (Noor Hayati)… Kedua-duanya merupakan anak yang hebat dan kuat semangat bila kehilangan arwaah abah mereka… Satu tamparan yang paling kuat dalam diri mereka… Saya tak pernah tengok keadaan mereka begitu down dan saya sendiri terikut menangis.

“Saya salahkan diri saya sebab saya tak mampu nak sempurnakan diri saya dalam satu keluarga,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Tulisnya lagi, penceraian yang berlaku atas pilihan dia dan arwaah bekas suaminya, namun anak-anak lebih merana kerana terpaksa membawa diri hidup dengan wanita lain yang bukan ibu mereka.

Katanya, bagaimanapun apa yang dia kongsikan itu sebagai satu iktibar kepada orang lain. Rozita dan Kamaruzaman juga telah mempunyai keluarga baharu.

“Walau sebaik manapun saya merancang masa depan untuk kebahagiaan, saya sudah melukakan hati anak saya… Mungkin saya berjaya didik anak-anak motivasi kejayaan dalam perniagaan… Tetapi bila berlaku sebegini kejayaan yang saya bawa kepada anak itu tetap memberikan kesan kesilapan saya diwaktu muda.

“Sesungguhnya saya bukanlah ibu yang baik… Walaupun saya cuba menjadi yang terbaik… Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa saya terhadap anak-anak saya dan ALLAH mohon ampunkan dosa saya terhadap bekas suami saya.

“Setiap kali bila anak berdua ini jumpa ayah mereka tak pernah putus saya berpesan… Tolong beritahu abah kamu, mak minta maaf banyak-banyak atas kesilapan yang pernah saya lakukan semasa menjadi isterinya… dan hubungan baik kami hanya melalui anak-anak… Tidak ada lain… Inilah sifat insaniah… Dan saya rasa sedih kerana saya berada jauh di puncak sedangkan beliau (arwaah) pengawal keselamatan,” tulis.

 

Namun, kata-kata suaminya yang dipanggil ‘abang Aji’ membuatkan dia lebih reda dengan ketentuan.

“Kenapa kamu sedih dengan duniawi abah Yati?? Memang nampak susah arwaah bekas suami awak tapi dia adalah seorang yang paling kaya bertemu dengan ALLAH… Adakah kamu mati nanti tersenyum dan berbau wangi seperti bekas suami kamu… Maksudnya suami kamu lebih kaya dari kamu, awak ingat itu,” tulisnya.

bondarozitaibrahim

Dalam kesedihan sy tetap ketawa dngn lawak si odah.. sedaya upaya staf menghiburkan sy.. bila Odah bertanya.. kenapa puan sedih..?? Sy faham maksudnya dn sgt dalam maknanya untuk difahami bg org muda.. sy jawab dngn lawak “xkan sy nak jaga lebih2 itu bukan suami sy.. itu suami org.. he he he..”

Sy risaukan dngn keadaan anak syukri & yati.. ke2 anak yg hebat dn kuat semangat bila kehilangan arwaah abah mereka.. 1 tamparan yg paling kuat dlm diri mereka.. sy tk pernah tgok keadaan mereka begitu down dn sy sendiri terikut menangis.. sy salahkan diri sy sbb sy tk mampu nk sempurnakan diri sy dlm satu keluarga..

Penceraian atas pilihan sy & ayah mereka merana membawa diri hidup dngn wanita lain bukan ibu mereka.. apa yg sy kongsikan disini sbg 1 iktibar kpd org lain.. walau sebaik manapun sy merancang masa depan untuk kebahagiaan sy dah melukakan hati anak sy.. mungkin sy berjaya didik kpd anak2 motivasi kejayaan bisnes.. tetapi bila berlaku sebegini kejayaan yg sy bawa kpd anak itu tetap mmberikan kesan kesilapan sy diwaktu muda..

Sesungguhnya sy bukanlah ibu yg baik.. walaupun sy cuba menjadi yg terbaik.. Ya Allah ampunkan dosa2 sy terhadap anak2 sy dan Allah mohon ampunkan dosa sy terhadap bekas suami sy.. setiap kali bila anak ber2 ini jumpa ayah mereka tk pernah putus sy berpesan “tolong beritau abah kamu, mak minta maaf bnyak2 atas kesilapan yg pernah sy lakukan semasa menjadi isterinya.. dn hubungan baik kami hanya melalui anak.. tidak ada lain.. inilah sifat insaniah.. dan sy rasa sedih kerana sy berada jauh di puncak sedangkan beliau (arwaah) pengawal keselamatan..

Kata suami sy skrg abg Aji “kenapa kamu sedih dngn duniawi abah yati..?? mmg nampak susah Arwaah bekas suami awak tapi dia adalah seorang yg paling kaya bertemu dngn Allah.. adakah kamu mati nnti tersenyum dan berbau wangi spt bekas suami kamu.. maksudnya suami kamu lebih kaya dari kamu..” awak ingat tu..” !!

MashaAllah semoga Arwaah Azman dicucuri rahmat Allah dan menjadi satu kepuasan hidupnya kerana sabar atas ujian hidup..

Bg anda yg nak baca blog Bonda rozitaibrahim.net harap dapat bersabar kerana terlampau banyak org yg nk membacanya..

 

Kredit: klviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*