“Sedihnya bakal tinggalkan title janda” – Luahan sayu Fasha Sandha. Ini respon netizen.

Umum ramai yang sudah tahu Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan Mac ini. Nampaknya, tinggal beberapa saja lagi sebelum menjelangnya hari penuh bermakna itu.

Hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, baru-baru ini menerusi Instagram, Fasha meluahkan rasa sedih apabila dia bakal meninggalkan statusnya sebagai seorang janda tidak lama lagi.

Perkongsian Fasha itu mengundang pelbagai komen daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan mendoakan agar rumah tangga yang bakal dibina itu akan kekal bahagia sampai ke syurga.

Kata netizen lagi, Fasha sepatutnya rasa gembira kerana ditemukan dengan lelaki yang ikhlas menyanginya dan menerima dirinya serta anak-anaknya. Menurut mereka lagi, Fasha sememangnya layak untuk merasai kebahagiaan di dunia ini.

Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu. Majlis resepsi sebelah lelaki bakal diadakan di kampung halaman Aidil di Negeri Sembilan pada 6 April depan. Seramai 5,000 tetamu termasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media di majlis resepsi itu nanti.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Sumber: IG Fasha Sandha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.