“Sekarang Berada Di Icu, Keadaan Sangat Lemah” – Doakan buat Ku Faridah

Pelakon Senior, Ku Faridah telah dimasukkan ke dalam hospital selepas mengalami masalah jangkitan kuman dalam paru-paru dan darah.

Perkara itu dikongsikan oleh pelakon Sheila Mambo menerusi entri terbaharu Instagram (IG) miliknya.

“Assalamualaikum. Doakan buat Ku Faridah binti Ku Shafie.

“Sekarang berada di icu, keadaan sangat lemah, due to beberapa penyakit, jangkitan kuman dalam paru, dalam darah.

“Semoga Allah mengangkat segala dosa-dosanya asbab sakit yang ditanggung. Ampunkan dosa mak. SubhanAllah. Syafakillah,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Sheila dan mendoakan agar Ku Faridah segera sembuh daripada masalah penyakit yang dialaminya itu.

Rata-rata netizen turut bersimpati dan berasa sedih dengan keadaan Ku Faridah. Malah, netizen juga turut mendoakan bintang drama itu kembali sihat seperti sediakala.

Allahuakbar…smoga Allah permudahkan sgala kesulitannya…permudahkan urusannya dan kembali sihat seperti biasa

sumber : http://www.gempak.com

Foto : Instagram Sheila Mambo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.