Selepas Tular Video Bercium Yang Memalukan Sampai Nora Beri Kenyataan Pilu, Anak Nora Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

MASIH berduka dengan kematian ibu mentua pada Rabu, penyanyi Nora Ariffin sekali lagi berdepan dengan dugaan apabila sebuah video remaja perempuan bersama kekasih sedang bercium tersebar.

Tidak mahu berselindung apabila namanya dikaitkan, penyanyi Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 47, mengakui remaja perempuan tersebut adalah anak ketiganya iaitu Putri Nur Dahlia.

Kesal dengan tindakan tersebut, Nora berharap anak perempuannya yang kini berusia 14 tahun itu belajar daripada kesilapan dan berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik pada masa hadapan.

Nora membuat kenyataan berhubung video anaknya di laman Instagram.

“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan… saya mengaku, memang dia… sebagai seorang ibu, kita telah mencuba paling terbaik untuk mengajar, mendidik, beri apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.

“Tetapi sebagai manusia, kita tak boleh lari daripada membuat kesilapan. Dia masih muda… dan dia banyak pelajaran yang perlu dipelajari dan kehidupan yang harus dilalui. Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan.

“Saya berdoa agar dia belajar, menjadi lebih baik dan teruskan hidup. Insya-Allah. Kepada semua orang, berikan ruang dan ketenangan buat masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” katanya.

Saya tak sanggup nak tumbuk dia ke apa tapi saya marah dia selepas video itu, kami dah putus.

Sejak Rabu, sebuah video yang memperlihatkan pasangan remaja bercumbuan di tempat awam menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Dalam pada itu, Putri Nur Dahlia menerusi laman Twitter miliknya membalas komen netizen dengan mengatakan dia dipaksa oleh bekas kekasihnya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Dakwa Putri Nur Dahlia, bekas kekasihnya secara tiba-tiba bertindak sedemikian sehingga menyebabkan dirinya terkaku dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Putri Nur Dahlia mengakui dirinya dipaksa oleh bekas kekasih untuk melakukan aksi tersebut.

“Saya dipaksa… dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak. Selepas benda itu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa.

“Saya tak sanggup nak tumbuk dia ke apa tapi saya marah dia selepas video itu, kami dah putus. Demi Allah selepas video itu, saya marah dia sebab sebelum itu saya sudah kata tidak mahu melakukannya.

“Nak tolak macam mana lagi saya terkejut. Kalau korang dalam situasi sama dengan kekasih korang yang korang dah nasihat banyak kali jangan buat macam itu dan dia dah tarik muka ke mulut, nak buat apa, nak tumbuk pun masa saat itu tak terfikir,”

Ujian Allah, Nora dah buat yg terbaik

Kesian lihat Nora, luka kehilangan insan yang tersayang pun masih belum sembuh lagi, datang pula ujian baru dalam hidupnya. Semoga terus kuat sis!

Sumber MB/Sam Sohor